Demi Dapatkan Ansuran, Chelsea Sanggup Bayar Lebih Untuk Sambar Enzo Fernandez

Enzo Fernandez

Sejak aksi Piala Dunia 2022 di Qatar dilangsungkan, pemain Argentina iaitu Enzo Fernandez dilihat cukup mencuri tumpuan dengan persembahan cemerlangnya.

Aksi hebat beliau telah membantu negaranya merangkul Piala Dunia yang ketiga dalam sejarah dan apa yang terjadi selepas bermain cemerlang? Saham akan meningkat!

Persembahan cemerlang Fernandez di Piala Dunia telah menarik minat beberapa kelab utama Eropah untuk membawanya jauh dari kelab semasa iaitu Benfica.

Satu pasukan yang cukup berselera untuk membawa pemain tersebut adalah Chelsea yang begitu gila mahukan pemain tengah tersebut.

Tindakan gila itu cukup ketara kerana Chelsea dilihat sanggup untuk membayar harga yang melebihi daripada jumlah penilaian bagi pemain tersebut menurut Benfica.

Menurut laman 90min, Fernandez sebenarnya dinilaikan pada jumlah £105 juta (RM551 juta) dan itu termaktub di dalam kontrak sebagai jumlah klausa perlepasan yang perlu dibayar oleh mana-mana pasukan yang mahukan pemain tersebut.

Akan tetapi, Chelsea dilaporkan bersedia untuk membayar jumlah £115 juta (RM603 juta) yang merupakan lebih £10 juta (RM52 juta) daripada nilai klausa perlepasan Fernandez.

Kenapa Chelsea sanggup berbuat demikian? Adakah kerana mereka terlalu kaya dan mahu ‘menderma’ apa yang mereka ada kepada kelab lain?

Jawapannya adalah kerana Chelsea mahu membayar jumlah £115 juta itu secara ansuran kepada Benfica  kerana jika tidak, mereka perlu membayar nilai asal secara sekali gus (lump sum).

Oleh kerana mahu mendapatkan kebenaran berbayar secara ansuran, Chelsea sanggup untuk membayar lebih daripada nilai sepatutnya supaya Benfica sudi menerima tawaran mereka.

Selepas kesanggupan Chelsea ini terserlah, kini tinggal Benfica sahaja untuk menerima dan seterusnya melepaskan Fernandez menyertai The Blues.

Namun begitu, masa semakin suntuk, sedikit terlewat langkahnya maka terlepaslah peluang untuk Chelsea mendapatan Fernandez.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN