Sumber The Guardian menyebut bahawa Barcelona sudah mencapai kesepekatan untuk mendapatkan Ousmane Dembele. Sebelum ini bidaan €83 dan €100 juta Barcelona dilaporkan ditolak.
Ini selepas CEO Dortmund, Watzke menyatakan pemain itu adalah lebih mahal daripada €100 juta. Barcelona datang dengan tawaran €150 juta semalam dan ia dilaporkan diterima oleh Dortmund.
Ini bermaksud, Dembele akan menjadi pemain ke-2 termahal dalam sejarah bola sepak dunia selepas Neymar yang dibeli PSG dengan €222 juta.
Dembele akan terbang ke Barcelona dan dijangka akan diperkenalkan di Camp Bou pada hujung minggu ini.
Usaha Barcelona memburu Dembele bermula sejak 10 Ogos yang lalu. Beliau kemudian ponteng sesi latihan untuk tanda mogok minta dijual ke Barcelona.
Dembele dikecam hebat oleh rakan sepasukan kerana tindakannya itu. Minggu lalu, Dortmund memberitahu mereka hanya akan menjual pemain ini dengan nilai €150 juta, bersamaan 10 kali ganda jumlah yang mereka bayar untuk mendapatkan pemain itu dari Rennes musim lalu.
Walaubagaimanapun, lebih menarik, Barcelona dikatakan berusaha untuk membida Phillipe Coutinho dalam bidaan ke-4. Dengan pembelian Dembele ini, adakah Barcelona masih berusaha membida Coutinho?
Dembele telah menjadi pemain penting dalam pasukan Tuchel musim lalu. Barcelona terdesak untuk mencari pengganti Neymar.
Dembele boleh bermain di posisi penyerang sayap ataupun no.10.
https://www.youtube.com/watch?v=Hb2axYmAkUU
Sumber
The Guardian – https://www.theguardian.com/football/2017/aug/24/ousmane-dembele-barcelona-borussia-dortmund