Xavi jelas tidak memberi muka kepada barisan pemainnya, dan dengan tegas mengingatkan mereka siapa bos sebenar di Nou Camp, apabila mendenda Ousmane Dembele kerana melanggar salah satu dari peraturan yang ditetapkan beliau pada Selasa lalu.
Pemain antarabangsa Perancis itu dilaporkan telah didenda hanya kerana tiba lewat tiga minit untuk latihan sesi pagi pada Jumaat (semalam).
Sesi latihan sebenar bermula pada 10:30 pagi. Menurut peraturan ditetapkan Xavi, pemain wajib hadir ke pusat latihan sejam setengah lebih awal untuk tujuan persiapan.
Ousmane Dembélé will pay the first fine from Xavi's new rule system. With the training set to take place at 10 a.m., Ousmane arrived at 8:33 a.m. when he needed to get there at 8:30 [@Elwood_White].
— Zach Lowy (@ZachLowy) November 12, 2021
Ini bermakna pemain-pemain wajib berada di pusat latihan selewat-lewatnya pada pukul 8:30 pagi. Dembele pula hanya tiba di pusat latihan pada jam 8:33 pagi.
Arahan untuk menepati masa adalah salah satu peraturan ketat yang dikenakan bekas pemain tengah itu. Lapan peraturan utama telah diimplementasikan oleh Xavi untuk dipatuhi setiap pemain di bilik persalinan sejak diumumkan pada Isnin lalu.
Dembele menjadi pemain pertama yang didenda kerana melanggar peraturan tersebut. Denda ke atas Dembele dikenakan dengan harapan pemain itu tidak akan tiba lewat lagi selepas ini. Kesalahan yang sama bermakna jumlah denda akan digandakan.
Namun demikian, tidak didedahkan berapakah jumlah denda yang dikenakan terhadap bekas pemain sayap Borussia Dortmund itu.
Xavi has high hopes for Ousmane Dembele 🗣️ pic.twitter.com/Fv0U2KVhuY
— B/R Football (@brfootball) November 8, 2021
Selain daripada peraturan berkaitan waktu kehadiran ke latihan, antara peraturan baharu yang dikenakan oleh Xavi ialah mengenbai aktiviti pemain sepanjang 48 jam menjelang hari perlawanan.
Pada ketika itu, pemain tidak dibenarkan pulang ke rumah lewat daripada 12 tengah malam. Sebarang aktiviti berbahaya, termasuk hobi yang boleh mendatangkan kecederaan turut dilarang sepanjang musim.
Pada musim ini Dembele hanya sempat melakukan satu penampilan sebelum terpaksa disisihkan akibat kecederaan lutut. Namun demikian, Dembele masih dipandang tinggi oleh Xavi.
Pemain tersebut kini sudah digelar sebagai ‘kaca’ oleh peminat. Ini kerana reputasinya yang sangat terkenal kerana kecederaan.