“Habuk Pun Tak Ada” – Uli Hoeness ‘Tembak’ Man City & PSG Masih Kemarau UCL

Uli Hoeness

Mantan presiden Bayern Munich, Uli Hoeness ‘menembak’ kelab-kelab kaya seperti Paris Saint-Germain (PSG) dan Manchester City yang masih gagal memenangi gelaran Eropah.

Bagi Hoeness, walaupun perbelanjaan telah pun dilakukan dengan banyaknya tetapi kedua-dua kelab ini masih belum mampu untuk memberikan gelaran UEFA Champions League kepada penyokong mereka.

Puas sepuasnya

Bagi Hoeness, beliau cukup berasa puas dengan apabila Bayern berjaya menewaskan PSG di perlawanan akhir UCL 2020 sebelum ini.

Dan beliau akan sentiasa puas jika mereka melakukannya sekali lagi di masa akan datang.

“Setakat ini, kedua-dua kelab ini belum lagi memenangi apa-apa. Habuk pun tak ada.”

“Mereka akan tewas kepada kami lagi. Bukan selalu, tapi dari masa ke masa [akan kalah]. Itu sepatutnya menjadi sasaran kami [Bayern Munich].”

“Apabila kami menewaskan mereka, ianya membuatkan saya sangat gembira. Tunjukkan kepada mereka yang duit-duit b*****t mereka itu tidak cukup [untuk jadi juara].”

Sebelum ini, kedua-dua PSG dan City tewas di perlawanan akhir UCL masing-masing.

City adalah pasukan terkini yang tumbang di perlawanan akhir apabila tewas ditangan Chelsea musim lalu.

Tekanan semakin memuncak

Walaupun tanpa ‘tembakan’ Hoeness ini, City dan PSG tetap berada dalam tekanan mereka tersendiri untuk memenangi gelaran Eropah.

City yang telah sampai ke perlawanan akhir musim lalu, pastinya terdesak untuk kembali lagi ke fasa tersebut dan cuba memenanginya pula.

Pep Guardiola pastinya mahukan kejuaraan tersebut kerana ianya adalah satu-satunya piala yang hilang di kabinet trofi mereka.

Perkara yang sama boleh dikatakan kepada Mauricio Pochettino dan PSG yang turut kehilangan piala tersebut selepas memenangi semua gelaran domestik.

Kini mempunyai pemain terbaik dunia iaitu Lionel Messi, nyawa Pochettino kini seperti dihujung tanduk kerana jika beliau gagal memberikan kejuaraan pastinya dirinya akan dipecat.

Musim ini amat penting buat kedua-dua pasukan dalam misi mencari kejuaraan Eropah. Persoalannya mampukah mereka menjuarainya?

Atau Bayern akan sekali lagi muncul juara dan Hoeness akan gelak besar kepada dua kelab ini sekali lagi?

Sumber:

Leave a Reply