Dele Alli Bantu Spurs Akhiri Badi 28 Tahun Tanpa Menang Di Stamford Bridge Dalam EPL

Ada tak pembaca kami yang lahir pada 10 Februari 1990? Itu adalah hari terakhir Tottenham Hotspur menang ke atas Chelsea dalam liga di Stamford Bridge. Ianya berlaku pada 28 tahun lalu.

Jika anda lahir selepas tarikh itu, semalam adalah kemenangan pertama Spurs ke atas Chelsea dalam liga di Stamford Bridge pada hayat anda.

Dele Alli menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini. Ianya adalah kali kedua beliau menjaringkan 2 gol di EPL, dan kali pertama juga menentang Chelsea.

Spurs menang 3-1 dalam perlawanan yang jelas memihak kepada Tottenham. Kemenangan yang meletakkan Spurs kini 8 mata di atas Chelsea untuk perebutan slot ke UCL, dengan baki 7 perlawanan liga lagi.

Alli turut beraksi dalam penampilan EPL ke-100 beliau. Alli yang tidak diturunkan dalam perlawanan antarabangsa England minggu lalu seakan-akan mahu menunjukkan sesuatu kepada Gareth Soutgate.

Spurs turut mendapat perkhabaran gembira apabila Harry Kane kembali lebih awal ke padang daripada yang dijangkakan. Spurs kini menjadi satu-satunya pasukan EPL yang tak kalah dalam liga untuk kalendar tahun 2018.

Chelsea sebelum ini mencatatkan 27 perlawanan liga (30 untuk semua pertandingan) tanpa kalah di tempat sendiri menentang Spurs sejak kekalahan terakhir mereka di tangan musuh sebandar mereka itu pada Februari 1990 dengan keputusan 1-2.

Chelsea ternyata dalam krisis prestasi apabila kalah 5 daripada 7 perlawanan liga terakhir mereka. Sumber di England menyebut, Antonio Conte akan meninggalkan Chelsea sekiranya mereka gagal layak ke UCL pada musim hadapan.

Antonio Conte
Antonio Conte, Manager of Chelsea (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Chelsea bermula baik dengan gol pendahuluan minit ke-30 oleh Alvaro Morata yang menerima hantaran Moses. Hugo Lloris gagal untuk memenangi bola.

Tetapi Moses kemudian menjadi punca kepada gol penyamaan Spurs pada masa kecederaan separuh masa.Hantaran beliau dengan aksi agak kasual telah menyebabkan Spurs hilang bola dan dirampas Spurs. Eriksen menyudahkan percubaan yang menarik dari luar kotak penalti.

Pada separuh masa kedua adalah aksi Alli. Beliau menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-62 selepas menerima hantaran daripada Dier.

4 minit kemudian, Spurs datang lagi dengan serangan laju. Son Heung Min gagal menewaskan Caballero. Dalam keadaan bergelut Alli tenang memenangi dan mengawal bola. Beliau muda menyumbat masuk gol ke-3.

Tamat perlawanan Spurs menang 1-3 di tempat lawan. Antonio Conte pula memuji aksi Chelsea terutama sekali pada separuh masa pertama.

“Rasanya kami bermain baik terutama sekali pada separuh masa pertama. Kami bermain bola sepak yang cantik tetapi cuma hanya menjaringkan 1 gol. Kami harus menamatkan separuh masa pertama dengan 2-0 atau 3-0.”

Chelsea sudah tewas 4 kali di tempat sendiri dalam liga musim ini. Terbanyak di antara 6 pasukan teratas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN