Del Bosque: “Barcelona Akan Jadi Pasukan Yang Lebih Baik Tanpa Neymar”

Pemergian Neymar ke Paris Saint-Germain (PSG) dari Barcelona nyata menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat bola sepak.

Ada yang berasa sedih dengan pemergian pemain tersebut ke Perancis, tetapi ada juga yang mengeji pemergian pemain tersebut dengan merasakan pemain tersebut pergi kerana wang.

(Photo credit should read PHILIPPE LOPEZ/AFP/Getty Images)

Isu perpindahan Neymar ke PSG nampak sudah mula selesai. Namun ia masih lagi terdapat beberapa perkara berbangkit.

Antara seperti Neymar mahu menuntut bonus tertunggak dari Barcelona dan sekatan sijil perpindahan antarabangsa untuk menlengahkan Neymar dari melakukan penampilan pertama bersama pasukan tersebut.

Dikala terdapat pendapat yang bercampur-campur mengenai perpindahan Neymar, Vicente Del Bosque memandangnya dari sudut yang lain.

Bekas jurulatih pasukan kebangsaan Sepanyol Vicente Del Bosque, beliau menegaskan yang Barcelona akan menjadi pasukan yang lebih baik tanpa Neymar bersama mereka.

Hal ini kerana, Barcelona telah menyingkirkan pemain yang dilihat seperti ‘pengacau’ di dalam pasukan mereka.

“Barcelona telah menyingkirkan pemain yang kadang kala boleh menjadi ‘pengacau’ dalam pasukan mereka.”

“Dengan penjualan Neymar ini, mereka mampu menjadi pasukan yang lebih baik selepas ini.”

Bagi Del Bosque, Barcelona akan kembali cemerlang dan menjadi pasukan yang lebih mantap selepas perginya Neymar.

Apa pendapat anda, adakah anda bersetuju dengan kenyataan beliau? Luahkan di bahagian komen!

Sumber:

  1. Tribal Football (2017): Del Bosque: Barcelona can build better ‘team’ without Neymar; http://www.tribalfootball.com/articles/del-bosque-barcelona-can-build-better-team-without-neymar-4194010

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN