Skuad Sukan SEA Vietnam Perlu Sedikit Tuah Daripada Tuhan – Nguyen Huu Thang

Nguyen Huu Thang

Ketua jurulatih skuad B-23 Vietnam, Nguyen Huu Thang yakin skuadnya untuk Sukan SEA  2017 ini akan beraksi lebih baik susulan aksi memberangsangkan dalam aksi kelayakan Kejohanan AFC B-23, bulan lalu.

Vietnam yang belum pernah meraih pingat emas sepanjang Sukan SEA dilangsungkan ini adalah antara calon untuk mara ke final edisi kali ini.

Dalam aksi kelayakan tersebut, Vietnam layak ke kejohanan utama yang dijangka berlangsung pada Januari depan berdasarkan pasukan kedudukan kedua terbaik daripada sepuluh kumpulan. Vietnam diletakkan bersama Korea Selatan, Macau dan Timor Leste, malah tewas tipis 1-2 kepada Korea Selatan dalam aksi terakhir kumpulan.

“Kami telah belajar banyak perkara dalam aksi kelayakan tempohari. Kami perlu memperbaiki beberapa perkara. Saya akan mengutarakan kepada pemain saya tentang kesilapan mereka (yang menyebabkan kekalahan) dalam kejohanan ini dan mungkin saya juga akan menukar beberapa pemain,” jelas Huu Thang kepada Vietnam.net.

Menurut ketua jurulatih skuad B-23 Korea, Chung Jung-yong, Vietnam adalah pasukan yang bagus kerana memiliki kombinasi pemain yang baik, aksi yang teratur dan sangat fokus sepanjang perlawanan. Bercakap kepada laman sesawang the-afc.com, Jung-yong berpendapat aksi permainan Vietnam akan bertambah baik satu masa nanti.

Sebelum tiba di Malaysia, Vietnam telah menjalani latihan intensif selama dua minggu di Korea Selatan dan telah mengadakan dua siri perlawanan persahabatan menentang Mokpo City FC dan Busan FC. Vietnam menang kedua-dua perlawanan tersebut dengan keputusan 4-1 ke atas Mokpo City FC dan 6-1 ke atas Busan FC.

Vietnam football team arriving at the Kuala Lumpur International Airport yesterday. — M. AZHAR ARIF / The Star

“Kami telah melakukan persediaan di Korea Selatan dan bersedia untuk melakukan yang terbaik (untuk Sukan SEA). Pemain berada dalam keadaan yang baik selepas menjalani latihan intensif di sana. Kami mempunyai peluang yang sama seperti mana pasukan-pasukan lain juga,” ujar bekas pertahanan skuad kebangsaan Vietnam itu kepada akhbar The Star.

“Memenangi emas Sukan SEA adalah impian untuk lebih 90 juta rakyat Vietnam. Walaubagaimanapun, ianya bukanlah mudah. Kita perlu bekerja keras dalam setiap perlawanan, satu demi satu. Selain usaha di pihak kita, kita juga memerlukan sedikit tuah daripada tuhan,” Huu Thang dipetik berkata kepada Vietnam.net.

Setibanya di Malaysia malam tadi, media Vietnam telah melaporkan terdapat dua pemain Vietnam yang sedang bergelut dengan masalah kesihatan dan kecederaan. Mereka adalah pemain tengah, Nguyen Tuan Anh (hamstring) dan penyerang, Le Thanh Binh (sakit perut). Bagi Tuan Anh, beliau pernah terlepas aksi Sukan SEA 2015 dan Piala AFF Suzuki 2016 akibat masalah kecederaan.

Walaupun tidak pernah merangkul emas dalam aksi Sukan SEA, Vietnam telah enam kali layak ke separuh akhir sejak dari edisi 2001. Mereka meraih perak untuk tiga edisi iaitu pada tahun 2003 (Vietnam), 2005 (Filipina) dan di Laos pada edisi 2009, serta satu gangsa di Singapura pada edisi yang lepas.

Sumber Rujukan:

  1. Eric Samuel, The Star (2017): Vietnam Coach – We Have A Good Chance Just Like Any Other Team; http://www.thestar.com.my/sport/football/2017/08/11/vietnam-coach-we-have-a-good-chance-just-like-any-other-team/
  2. Vietnam.net (2017): Thang eyes SEA Games After Asian Event; http://english.vietnamnet.vn/fms/sports/182691/thang-eyes-sea-games-after-asian-event.html
  3. Zing News (2017): Coach Huu Thang Carefully With Tuan Anh and Thanh Binh; http://news.zing.vn/hlv-huu-thang-can-than-voi-tuan-anh-thanh-binh-post770457.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN