Defoe Menangis Ketika Sidang Media Apabila Ditanya Mengenai Bradley Lowery

Jermaine Defoe merupakan seorang pemain ‘kuda tua’ yang masih lagi mampu beraksi dengan cemerlang.

Sejak musim lalu, Defoe terkenal dengan aksi mantap beliau di hadapan pintu gol dalam usaha menyelamatkan Sunderland dari terjerumus ke EFL Championship.

Itu cerita dalam padang, di luar padang pula Defoe dikenali dengan kisah menyentuh perasaan beliau mengenai kanak-kanak malang bernama Bradley Lowery.

Lowery yang merupakan anak kecil yang menghidap penyakit Neuroblastoma dan dijangka tidak mempunyai banyak masa lagi untuk hidup.

Kisahnya telah mendapat perhatian seluruh England dan dunia bola sepak dengan perkembangan baharu oleh keluarganya mengatakan kanak-kanak itu “dijangka bakal pergi dalam masa terdekat”.

Defoe berpisah dengan Lowery yang merupakan peminat Sunderland untuk sertai Bournemouth.

Namun ketika sidang media pertama beliau sebagai pemain Bournemouth, beliau tak dapat menahan air mata apabila ditanya mengenai anak kecil itu.

“Saya sering berhubung dengan keluarganya setiap hari. Saya pun ada jumpa Lowery tempoh hari.”

“Saya sedih kerana tak sanggup tengok anak sekecil itu menderita sebegitu hebat.”

Namun bagi Defoe, beliau sudah bersedia untuk kehilangan Lowery. Hal ini kerana, pengalaman kehilangan ayahnya satu ketika dahulu sudah mempersiapkan beliau untuk hadapi perkara yang sama.

“Saya pernah hadapi situasi yang sama ketika saya kehilangan ayah saya. Cukup sukar untuk melihat seorang kanak-kanak menderita dengan realitinya beliau cuma punya beberapa hari saja lagi untuk hidup.”

Sayangnya Defoe terhadap Lowery cukup hebat, apabila bangun dari tidur beliau akan segera mencapat telefonnya untuk mengetahui perkembangan terkini kanak-kanak itu.

“Setiap pagi saya akan tengok telefon saya untuk tahu cerita mengenai Lowery.”

“Saya dapat rasakan rasa sayang Lowery kepada saya amat kuat. Dari renungan matanya, saya tahu perasaan istimewa itu ada untuk saya.”

Dek kerana linangan air matanya jatuh kerana ditanya mengenai Lowery oleh wartawan, Defoe meninggalkan sidang media dengan menyalahkan mereka kerana meletakkan pemain itu dalam kesedihan.

“Anda sudah buat saya menangis,” katanya sebelum beransur pergi.

Sumber: 

1. Liverpool Echo (2017):Tearful Jermain Defoe says Bradley Lowery will always be in his heart during press conference; http://www.liverpoolecho.co.uk/news/liverpool-news/tearful-jermain-defoe-says-bradley-13294182#ICID=FB-Liv-main

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN