Sijil Pengurusan Bola Sepak Anjuran Akademi Bola Sepak Negara Kini Dibuka!

Pernahkah terlintas di fikiran anda yang anda punya cita-cita untuk menguruskan sebuah pasukan bola sepak?

Ada mahu berbuat demikian tapi ada tidak tahu selok-belok mengenainya. Malah, anda juga tidak tahu macam mana nak dapatkan pendidikan formal mengenainya?

Kini anda tidak perlu bimbang lagi!

Akademi Bola Sepak Negara UiTM-KPT-FAM ingin mengajak anda menyertai Sijil Pengurusan Bola Sepak untuk sesi September 2017.

Menerusi program ini, anda akan mempelajari pelbagai perkara dalam perihal pengurusan kelab bola sepak. Antaranya:

  • Asas pengurusan kelab
  • Asas pengurusan fasiliti
  • Asas penajaan dan perhubungan media
  • Asas sains bola sepak
  • Asas pengurusan kewangan
  • Asas pengurusan acara dan pertandingan

Harus diingat, program ini merupakan program yang berbeza dengan kursus kejurulatihan. Hal ini kerana, ia melibatkan pengurusan kelab dan tidak mengenai kejurulatihan pemain dan pasukan.

Jika anda berminat, program ini sedang dibuka untuk pendaftaran. Hanya 30 tempat SAHAJA dibuka dan anda boleh mendaftar dari tempoh 6 Julai 2017 hingga 8 Ogos 2017.

Untuk maklumat lanjut anda boleh bertanya terus kepada Koordinator Akademi Bola Sepak Negara UiTM-KPT-FAM atau terus ke Pusat Sukan UiTM Shah Alam.

Selain itu, anda juga boleh layari pusatsukan.uitm.edu.my atau telefon di talian 03-55435606.

Anda juga boleh email di [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN