Lelaki Ini Menceritakan Dedikasi Matlan Marjan Dalam Membantu Bola Sepak Sabah

Peminat bola sepak Sabah majoritinya menyambut baik pengumuman pembebasan pengantungan Matlan Marjan dan rakan-rakannya dari kesalahan rasuah yang dilakukan mereka beberapa tahun dahulu.

Ini adalah kesan daripada prestasi skuad sabah kini yang bergelut untuk mencari rentak kemenangan bagi mengelakkan dari penyingkiran ke Piala FAM.

Ya pastinya bukan Matlan akan kembali beraksi sebagai pemain yang diharapkan namun Matlan diharapkan mampu membawa semangat baru dan juga membawa beberapa perubahan dalam bola sepak sabah.

Sumber: Malaysiakini

Saya mengenali Matlan bukanlah sehari dua namun saya amat mengenali hati budi Matlan sebagi seorang guru bola sepak dan juga kawan yang baik.

Maka boleh saya katakan yang saya amat mengenali Matlan dari segi hati budi dan visinya dalam bola sepak.

Dedikasi tiada had

Saya telah beberapa kali mengikuti Matlan dalam beberapa perlawanan persahabatan mahupun mewakili Kota Belud (daerah kelahiran Matlan), pasukan Anak Samah Club dan terkini Kelab Belia Timang.

Ada sesuatu yang telah menarik perhatian saya. Setiap kali beliau mengenalpasti pemain yang berbakat daripada pemain pihak lawan, Matlan pasti akan memberi kata nasihat dan juga mengambil maklumat tentang pemain itu.

Saya pernah bertanya kepadanya, “mengapa dengan pemain itu cikgu?” Panggilan saya kepadanya.

Beliau lantas menjawab, “pemain itu berbakat, rugi dia tidak diketengahkan. Negeri kita banyak pemain berbakat namun masih bermain di perlawanan kampung-kampung.”

Begitulah sifat Matlan yang sebenarnya dihatinya masih berjiwa bola sepak dan mahu menyumbang kepada bola sepak Sabah khususnya.

Begitu juga setiap kali perlawanan rasmi pasukan Sabah dalam Liga Perdana.

Jika tiada halangan pasti beliau akan hadir, selepas itu kami akan duduk beramai-ramai untuk membincangkan hal teknikal dan taktikal yang perlu Sabah ubah untuk meningkatkan prestasi pasukan.

Jelas sekali, cintanya pada bola sepak tidak pernah padam.

Usia bukan penghalang

Tahun lalu telah beliau menghubungi saya untuk memohon bantuan untuk mendaftarkan sebuah kelab belia di kawasannya.

Tujuannya adalah untuk memudahkannya bergerak untuk membangunkan pemain-pemain muda yang telah dikenal pasti sebagai pemain yang boleh diketengahkan.

Alhamdulillah, Kelab Belia Timang Allstar telah sah berdaftar dengan pihak R.O.S .

Walaupun sudah menginjak ke usia emas, namun Matlan masih menanti peluang diberikan kepadanya untuk kembali menabur bakti kepada Sabah dalam sukan yang amat dicintainya itu.

Saya pula berkata padanya perjuangan untuk terus bersuara kepada pihak berkenaan membebaskanya akan menjadi fokus utama saya.

Ia disusuli dengan fasa seterusnya iaitu memastikan beliau mengambil sijil kejurulatihan dan terakhir untuk menempatkan Matlan Marjan sebagai salah seorang staf kejurulatihan dalam Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).

Sekurang-kurangnya sebagai pencari bakat (scout) untuk pemain-pemain tempatan yang ada jauh di pelusuk negeri Sabah.

Tingginya harapan saya samalah juga harapan para peminat Sabah untuk melihat Matlan dibenarkan semula untuk menabur bakti kepada bola sepak Sabah.

Hal ini kerana apa yang telah dilaluinya telah memberi pengajaran besar kepadanya dan juga para pemain selepasnya.

Namun sebagai peminat kita juga masih mengharapkan apa yang telah diputuskan dalam mesyuarat FAM dapat dimuktamadkan dalam bentuk hitam putih dan urusan bersama pihak FIFA dapat diselesailan dengan segera.

Sumber: Berita Harian

Sebagai rakyat dan peminat bola sepak Sabah, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Presiden FAM kerana memahami kehendak para peminat bola sepak khususnya di Sabah.

Sememangnya bola sepak itu adalah hak milik rakyat!

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Syed Mohd Hamizan Roslan yang merupakan ahli alumni bagi Parlimen Belia Malaysia. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Baca juga: Matlan Marjan: Lagenda Sabah Yang Dihukum ‘Mati’ Oleh FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN