Debut Sukar Buat Xavi Sebagai Pengurus Sehingga Kehilangan Kasut

Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Karier pemain yang dianggap legenda Barcelona dan Sepanyol, Xavi di dalam bidang pengurusan bermula dengan sedikit kesukaran – sehingga kehilangan sebelah dari kasut yang dipakai!

Xavi yang kini berusia 39 tahun mengambil alih jawatan pengurus di kelab Qatar, Al Sadd pada Mei lalu. Liga Qatar belum lagi bermula ketika ini, namun penampilan pertama beliau sebagai pengurus ialah di perlawanan peringkat 16 pasukan terbaik pertandingan AFC Champions League (ACL) menentang sebuah lagi kelab dari Qatar, Al-Duhail pada Selasa lalu.

Pada Isnin Xavi yakin pasukannya kelihatan bagus untuk perlawanan tersebut, dan beliau sudah bersedia untuk pertandingan tersebut.

Al Sadd mendahului lawan mereka selepas setengah jam perlawanan berlangsung hasil jaringan Akram Afif.

Namun Al-Dunhail yang dibimbing oleh bekas pembantu Jose Mourinho iaitu Rui Faria berjaya menyamakan kedudukan pada minit akhir babak pertama melalui Youssef Masakni.

Ketika perlawanan pusingan pertama membabitkan kedua-dua pasukan semakin hampir berakhir dengan keputusan seri 1-1, penghujung babak kedua memperlihatkan sisi lain Xavi – yang bertentangan dengan perwatakan tenang yang dikenali dunia ketika mengemudi jentera tengah Barcelona satu masa dahulu.

Ketika kedudukan masih terikat 1-1 di babak akhir perlawanan, Al Sadd dinafikan sepakan penalti. Legenda Barcelona itu memberi reaksi sangat tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil di tepi padang.

Ketika melakukan protes, Xavi menghayun kaki ke udara tanda kekecewaan, hanya untuk melihat sebelah dari kasut beliau melayang.

Beliau kemudian segera diiring pegawai untuk kembali ke tempat teknikal pasukan tanpa kasut tersebut yang kemudiannya hilang entah ke mana. Penonton yang hadir juga seperti tidak senang dengan tindakan emosi oleh Xavi.

Perkara positif dari perlawanan ini pula ialah kerana Al Sadd mempunyai kelebihan jaringan di tempat lawan sebagai kelebihan ketika perlawanan timbal balik nanti.

Perlawanan timbal balik akan diadakan pada Selasa hadapan. Debut Xavi bersama Al Sadd di perlawanan Liga Qatar pula ialah pada 21 Ogos menentang Al-Wakrah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN