Piala Malaysia 2019: Nidzam Jamil Enggan Pandang Rendah Cabaran PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
Nidzam

Ketua jurulatih Felda United, Nidzam Jamil tidak melihat PDRM FA sebagai lawan yang mudah untuk dihadapi skuad bimbingannya pada perlawanan kedua kumpulan D saingan Piala Malaysia 2019, malam ini.

Pengendali berusia 39 tahun itu juga beranggapan pasukan yang bakal mewarnai aksi Liga Super 2020 ini mampu untuk mencipta kejutan dalam saingan piala tertua di Asia tersebut.

PDRM yang mendapat bimbingan E. Elavarasan diperkuatkan dengan kehadiran beberapa pemain berpengalaman seperti Patrick Ronaldinho Wleh, Azmizi Azmi, R. Gopinathan dan penjaga gol, Mohd Shahril bin Saa’ri.

“Biarpun mereka tewas 3-1 kepada Melaka United pada perlawanan pertama, kita berdepan cabaran besar apabila bertemu mereka malam esok (malam ini),” ulas Nidzam bercakap kepada Berita Harian.

“Saya jangkakan perlawanan sengit bakal disaksikan di Stadium Hang Jebat kerana PDRM juga mahu mencatat kemenangan di tempat sendiri.

“Bagi FELDA United pula, kami mahu memanfaatkan dua perlawanan di tempat lawan dengan kutipan mata seperti dilakukan ketika seri 2-2 berdepan Selangor.”

“Diharapkan pemain bijak memanfaatkan segala peluang dan tidak melakukan kesilapan mudah seperti pada perlawanan pertama.”

Pada aksi pembukaan tempoh hari, Felda United berjaya mengelak dari mengalami kekalahan selepas mengikat Selangor 2-2 di Stadium Shah Alam hasil jaringan Christie Jayaseelan dan pemain import dari Singapura, Khairul Amri Mohd Kamal.

Kredit foto: Felda United FC

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U