Pengurus Norwich City, Dean Smith menuduh Manchester United seolah-olah mendapatkan bantuan pengadil untuk menewaskan mereka.
Tumbang dengan jaringan Cristiano Ronaldo, Smith berasakan yang mutu pengadilan jelas sekali memihak kepada pihak lawan dalam usaha mereka mendapatkan tiga mata di laman sendiri.
“Saya mungkin akan bersuara seperti seorang yang ‘koyak’, ya memang saya ‘koyak’ pun!”
“Anda tidak boleh mempunyai pemain yang mengadili perlawanan dan berasa sedemikian.”
Smith meragui keputusan yang diberikan pengadil terhadap United membolehkan pasukan itu mendapatkan sepakan penalti dan mengutip tiga mata.
Dalam masa yang sama, terdapat situasi lain yang membuatkan Smith begitu berang dengan mutu pengadilan.
Smith yang bercakap kepada media selepas tamat perlawanan mengatakan yang pemain seperti Marcus Rashford ‘membeli’ sepakan percuma untuk dirinya di separuh masa pertama.
“Kami mahukan konsistensi. Tiada konsistensi [dalam pengadilan] dan saya rasa ianya terlalu mudah untuk Manchester United mendapatkan keputusan dalam perlawanan.”
“Marcus Rashford memberikan dirinya sepakan percuma di separuh masa pertama.”
Smith berasakan yang sebenarnya pasukannya tidak berhak kalah, cuma dikecewakan dengan mutu pengadilan yang teruk.
“Saya tak rasa kami berhak kalah, cuma terdapat beberapa keputusan yang meragukan dalam perlawanan.”