Perak FC akan melayan kunjungan Terengganu FC di laman sendiri dalam aksi ketiga Liga Super 2021 dengan penuh keyakinan berdasarkan rekod Guilherme de Paula.
Lima tahun di Liga Malaysia dan kini merupakan pemain naturalisasi ketiga skuad negara, de Paula sudah banyak kali bertembung dengan Terengganu sejak 2015. Beliau telah meledak sembilan gol ketika berdepan dengan Terengganu.
Sama ada ketika menyarung jersi Selangor, PDRM mahupun Kuala Lumpur, de Paula sentiasa menggegar jaring gol pasukan Terengganu dalam semua pertandingan.
Jaga-jaga Terengganu!
Guilherme De Paula telah menjaringkan 9 gol menentang Terengganu sejak kali pertama beraksi dalam Liga Malaysia pada 2015 bersama empat pasukan berbeza.
Ia termasuk gol ini ketika bertandang ke Kuala Terengganu, tahun lalu#PRKTERpic.twitter.com/wt8xe6kbJH
— Sukanz. (@sukanzcom) March 14, 2021
Ia satu rekod yang menarik dan apa yang mampu ditawarkan de Paula pada malam nanti? Setakat ini, penyerang berusia 34 tahun itu masih belum berhasil untuk menjaringkan gol. Adakah beliau akan membuka akaunnya malam ini?
Sementara itu, pengendali Perak, Chong Yee Fatt masih menaruh keyakinan kepada barisan pemainnya untuk merekodkan kemenangan kedua berturut-turut selepas menang dalam aksi kedua berdepan Sri Pahang di Darul Makmur.
Dalam perlawanan itu, J. Partiban dan pemain pinjaman dari Kedah, Farhan Roslan telah menghasilkan gol selepas mereka seri tanpa jaringan menentang PJ City FC.
Katanya kepada Harian Metro mengenai pertembungan dengan Terengganu, “Terengganu dilihat pasukan yang kuat kerana mereka juga berada di tangga atas, tetapi pada masa yang sama kami juga mahu mengekalkan prestasi.”
Perancang tengah pasukan TFC, Makan Konate kini telah menyumbang 3 bantuan gol buat pasukan ini dalam 2 perlawanan awal Liga Super 2021. 🔥#TerengganuFC #WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/TxNr4Shppk
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) March 14, 2021
“Saya harap kemenangan itu [ke atas PJ City] dapat menjadi penyuntik semangat dan momentum baik itu dapat diteruskan pada perlawanan esok [malam ini] dan para pemain dapat memainkan peranan masing-masing.
“Memang kita melihat tentangan skuad Terengganu pada perlawanan kali ini agak sukar tetapi kita yakin dan cuba yang terbaik untuk mengutip tiga mata penuh pada perlawanan esok [malam ini],” ujar Chong Yee Fatt lanjut.
“Selepas persiapan yang dibuat oleh pemain, jika tiada halangan bagi perlawanan esok, saya yakin kita boleh mendapat mata penuh,” ujarnya sambil membayangkan menurunkan skuad yang sama ketika menang ke atas Sri Pahang.
Bagaimana para penyokong melihat kemampuan de Paula berdepan Terengganu? Terengganu dalam momentum terbaik selepas menewaskan UiTM FC dengan keputusan 2-1 dan kemudian mengejutkan Selangor FC (3-1).
KREDIT FEATURED IMAGE: PERAK FC
Baca lagi artikel lain mengenai Perak FC dan Terengganu FC:
Penyokong Perak Mengamuk, Tuduh ADUN Bota Salah Guna Kedudukan Beri Diskaun Jersi Kepada Pengundi
TERKINI: Chong Yee Fatt Ganti Mehmed Durakovic Sebagai Jurulatih Perak
Kejanggalan Situasi Khabar Mehmed Durakovic Tinggalkan Perak