Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis yakin Zlatan Ibrahimovic mampu menjadi pemangkin kepada kejayaan kelab Serie A itu jika pemain kelahiran Sweden tersebut memilih untuk menyertai mereka.
Kontrak Ibrahimovic bersama LA Galaxy tamat pada Sisember, dan penyerang berusia 38 tahun itu yang pernah beraksi untuk Juventus, AC Milan, dan Inter sebelum ini mengakui tertarik untuk kembali ke Itali.
Pada Rabu lalu, De Laurentiis mengakui telah melakukan pertemuan dengan ibrahimovich di Los Angeles.
Napoli chairman Aurelio De Laurentiis is eager to sign Zlatan Ibrahimovic and reveals talks about a possible move is ongoing.
?:
“It’d be my wish to see him in Napoli colours. It’s more than a suggestion and it depends on him. It’s been talked about for a few months now.” pic.twitter.com/lQs3KInJoT
— Jollof Sports (@JollofSports) October 24, 2019
Tiada keraguan lagi bahawa Ibrahimovic yang menghasilkan 20 gol sepanjang musim 2019 di MLS akan disambut dengan tangan terbuka di San Paolo – jika memilih untuk ke kelab Serie A itu.
Ketika bercakap kepada ESPN, De Laurentiis dipetik sebagai berkata:
“Ibrahimovich adalah individu menarik, walau bagaimana keadaan Napoli.
“Beliau [Ibrahimovich] masih mampu menawarkan banyak perkara untuk memperkuatkan pasukan. Saya yakin mana-mana jurulatih akan gembira memiliki pemain seperti beliau di bawah kendalian mereka.
Walaupun merupakan watak besar di MLS sejak berhijrah ke Amerika Syarikat pada 2018, Ibrahimovic bagaimanapun gagal membantu LA Galaxy musim ini selepas tewas dalam perlawanan play-off kepada kelab seteru setempat, Los Angeles FC.
Walaupun menjaringkan satu gol dalam perlawanan derbi yang digelar El Trafico, LA Galaxy tetap tewas 5-3 dalam perlawanan tersebut.