Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer percaya bahawa David De Gea masih lagi penjaga gol terbaik di dunia pada ketika ini.
Jadi tidak perlu untuk beliau memikirkan tentang kedudukan penjaga gol itu di dalam pasukan.
David de Gea melakukan satu lagi kesilapan yang teruk sekali lagi kalau aku berhadapan dengan pasukan Everton.
Sejak dari musim lalu, David De Gea sudah melakukan tujuh kesilapan yang mencetuskan gol kepada pasukan lawan.
Angka itu adalah yang paling tinggi di kalangan penjaga gol di Liga Perdana Inggeris berkongsi dengan Dubravka dan juga Bernd Leno.
7 – David De Gea has made seven errors leading directly to an opposition goal in the Premier League since the start of last season, the joint-most alongside Martin Dubravka and Bernd Leno. Shocker. pic.twitter.com/WNoCTxhxds
— OptaJoe (@OptaJoe) March 1, 2020
Namun begitu Ole Gunnar Solskjaer menyatakan secara terbuka tentang pandangan beliau atas De Gea.
“David melalui berapa sekarang dalam beberapa musim kebelakangan ini. Namun pada musim ini dia bermain dengan sangat-sangat bagus.”
“Saya tidak ingat pun mana satu kesilapan beliau musim ini kecuali jika berhadapan dengan Watford. Saya masih percayakan David 100%.”
“Pada pandangan saya, David telah menunjukkan reaksi beliau di atas apa yang telah berlaku dengan menyelamatkan percubaan Sigurdsson.”
Ditanya apa komen beliau ke atas prestasi Dean Henderson yang sangat cemerlang ketika ini.
Adakah beliau akan mempertimbangkan pemain itu menjadi no.1 di United menggantikan David De Gea?
Ole menegaskan beliau buat masa ini masih percaya dengan David De Gea. Beliau menganggap Dean Henderson serta Sergio Romero buat masa ini nasib lagi pemain pesaing kepada De Gea.
“David bagi saya, masih penjaga gol terbaik di dunia.”
"David is, for me, the best goalkeeper in the world" – Ole Gunnar Solskjaer defends De Gea after #MUFC draw at #EFC pic.twitter.com/Jw2gfLSFBE
— Simon Peach (@SimonPeach) March 1, 2020
“Dean [Henderson] merupakan pencabar yang sangat bagus begitu juga dengan Sergio Romero.”
“Ini yang kami mahukan, sebuah skuad yang ada persaingan di kalangan pemain terbaik di kesemua bahagian.”