Liverpool Perlu ‘Restart’ – Klopp

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berharap pasukan kendaliannya bermula kembali selepas tewas mengejut kepada Watford pada hujung minggu lalu, sekali gus menamatkan rekod tanpa kalah juara dunia itu.

Liverpool ditewaskan 3-0 di Vicarage Road pada Sabtu, sekaligus menamatkan 44 perlawanan tanpa kalah sejak musim lalu di Liga Perdana Inggeris.

Liverpool ditewaskan oleh skuad The Hornets yang tampil meyakinkan, menjaringkan tiga gol pada babak kedua perlawanan untuk kemenangan tersebut.

Penyerang Senegal, Ismaila Sarr menjaringkan dua gol, manakala kapten Watford Tro Deeney mematikan terus kemungkinan Liverpool untuk bangkit dengan satu lagi jaringan.

https://twitter.com/roynuqraha/status/1234348352268988418

Skuad kendalian Klioo akan kembali beraksi pada Selasa, menentang Chelsea pada awal pagi Rabu (waktu Malaysia) di Stamford Bridge.

“Adakala kejutan sebegini adalah penting. Saya tidak melihat sebarang perkara negatif [daripada kekalahan] di sini,” kata Klopp kepada akhbar-akhbar di UK.

“Dari masa ke semasa jika anda tidak cukup bagus, anda harus menilai kesannya. Tidak cukup baik – jadi apa seterusnya? Bermula kembali.

“Mungkin semakin lama [tanpa kalah], ia [kekalahan] akan menjadi semakin penting. Sekarang ia sudah berakhir. Kita boleh bermula kembali dengan apa yang kita lakukan sebelum ini, dan saya yakin mengenai perkara itu.

Liverpool seolah-olah tercari prestasi terbaik mereka dalam beberapa perlawanan lalu, setelah kemenangan ke atas Shrewsbury Town, Norwich City dan West Ham.

Ia diikuti dengan kekalahan kepada Atletico Madrid di pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah, selepas sebelum itu mudah menewaskan Southampton pada awal Februari.

Klopp sendiri tidak pasti tindak balas bagaimanakah yang akan diperolehi dari pemain-pemainnya selepas kekalahan kepada Watford.

“Anda tidak boleh menang jumlah perlawanan yang sama seperti mereka [pemain Liverpool] lakukan jika anda sentiasa terpengaruh dengan dunia lur. Kita lihat nanti bagaimana reakso mereka,” tambah Klopp.

“Saya tidak tahu bagaimana [tindak balas] kerana tidak pernah menang 18 perlawanan berturut-turut, dan tidak terkalah dalam 44 perlawanan sebelum ini. Ini kali pertama sepanjang hidup saya.”

The Reds telah menjuarai Piala FA sebanyak tujuh kali dan kali terakhir bergelar juara pertandingan tersebut pada musim 2005/06 melalui penentuan sepakan penalti menentang West Ham.

Selepas berhadapan Chelsea di Piala FA, Liverpool akan berhadapan Bournemouth untuk saingan liga di Anfield, sebelum sekali lagi berhadapan Atletico Madrid di Liga Juara-Juara Eropah.

Leave a Reply