De Gea Desak PM Sepanyol Mohon Maaf Selepas Tuduh Beliau Lakukan Serangan Seks

Ini merupakan satu tuduhan yang cukup berat.

Penjaga gol Manchester United dan juga Sepanyol, David De Gea telah mendesak Perdana Menteri Sepanyol yang baharu untuk memohon maaf secara terbuka.

De Gea mendesak Pedro Sanchez (gambar bawah) agar melakukan permintaan maaf secara terbuka selepas melakukan tuduhan yang cukup serius terhadap penjaga gol itu 2 tahun yang lalu.

MADRID, SPAIN – JUNE 04: Spain’s new Prime Minister Pedro Sanchez talks with the President of Ukraine Petro Poroshenko (not in the picture) during a meeting at Moncloa Palace on June 4, 2018 in Madrid, Spain. This is the first official meeting for Pedro Sanchez since becoming Spain’s new Prime Minister after winning the no-confidence motion against ousted Prime Minister Mariano Rajoy. (Photo by Pablo Blazquez Dominguez/Getty Images)

Sanchez dikatakan telah menuduh De Gea terlibat dalam satu serangan seks.

Oleh kerana tuduhan itu, ia telah mengundang satu persepsi kurang senang terhadap De Gea yang ketika ini hendak ke Perancis bagi kejohanan EURO 2016.

“Dari saat saya menafikan mengenai perkara itu di sidang media, tetapi semua orang sudah mula cakap yang tidak elok mengenai saya.”

“Tetapi di penghujung isu ini telah muncul kebenaran yang dicari dan jelas sekali saya tidak bersalah dalam hal ini.”

VILLAREAL, SPAIN – JUNE 03: David de Gea of Spain warms up during the International Friendly match between Spain and Switzerland at Estadio de La Ceramica on June 3, 2018 in Villareal, Spain. (Photo by Manuel Queimadelos Alonso/Getty Images)

Tempoh hari, Sanchez telah bertemu dengan skuad kebangsaan Sepanyol sebelum mereka ke Rusia untuk kejohanan Piala Dunia.

Beliau juga telah melakukan permohonan maaf secara peribadi kepada De Gea.

Namun itu tidak cukup bagi De Gea.

De Gea mahukan lebih dari itu, beliau mahukan Sanchez melakukan permohonan maaf secara terbuka selepas ketua kerajaan Sepanyol itu menconteng arang di muka penjaga gol itu.

“Saya menerima permohonan maaf beliau dengan baik.”

“Cuma apa yang beliau katakan itu adalah secara terbuka kepada umum. Jadi saya rasa beliau juga patut minta maaf secara terbuka.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN