Liverpool & Real Madrid Kini Bersaing Untuk Dapatkan Alisson Dari AS Roma

Pada musim ini, penjaga gol AS Roma iaitu Alisson Becker telah muncul sebagai antara penjaga gol yang terbaik di Eropah.

Aksi tangkas beliau di pintu gol telah berjaya menarik minat beberapa kelab utama Eropah untuk mendapatkan khidmat beliau.

Salah satunya adalah kelab Premier League – Liverpool.

Liverpool seperti yang ramai ketahui sudah lama memerhatikan perkembangan beliau.

Pasukan Premier League itu dikatakan bersedia untuk menawarkan yuran perpindahan sebanyak €65 juta kepada AS Roma untuk mendapatkan khidmat Alisson.

ROME, ITALY – APRIL 10: Gerard Pique of Barcelona and Alisson Becker of AS Roma in action during the UEFA Champions League Quarter Final Second Leg match between AS Roma and FC Barcelona at Stadio Olimpico on April 10, 2018 in Rome, Italy. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Sambil itu, pengurus Jurgen Klopp juga dikatakan bersedia untuk memberikan jaminan di dalam kesebelasan utama untuk penjaga gol Brazil itu andai beliau bersetuju untuk ke Liverpool.

Kehadiran Alisson dijangka dapat menyelesaikan masalah penjaga gol di Liverpool dan pastinya dapat menentukan nasib 2 penjaga gol pasukan tersebut.

Hal ini kerana, Loris Karius dijangka bakal disisihkan sebagai penjaga gol utama selepas 2 kesilapan besar beliau ketika perlawanan akhir UEFA Champions League tempoh hari.

Sementara karier Simon Mignolet pun seakan sudah berakhir selepas kehilangan tempat sebagai penjaga gol utama. Beliau dijangka mahu berpindah ke pasukan lain.

Akan tetapi, Liverpool menghadapi persaingan sengit dari kelab La Liga yang merupakan juara Eropah – Real Madrid.

Real Madrid cukup berselera dalam mencari penjaga gol baharu setiap kali jendela perpindahan tiba dan mereka bersedia untuk menawarkan Alisson tempat di Santiago Bernabeu.

Kelab Sepanyol itu bersedia menawarkan €50 juta yuran kepada AS Roma dan juga menawarkan pelbagai bonus kepada Alisson.

Keputusan mengenai masa depan Alisson ini dijangka dapat diketahui dalam masa terdekat kerana beliau telah menyatakan mahu menyelesaikan perkara ini sebelum Piala Dunia bermula.

Jadi, Liverpool atau Real Madrid?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN