De Bruyne Perlekeh Pendapat Stadium Baharu Akan Beri Spurs Kelebihan

Kevin De Bruyne mentertawakan teori bahawa stadium baharu akan memberikan lebih banyak kelebihan buat Tottenham Hotspur untuk menang ketika berhadapan Manchester City dalam pertandingan UEFA Champions League.

Sebelum ini pengurus Tottenham, Mauricio Pochettini berkata pasukan kendaliannya boleh mencapai lebih banyak kejayaan dengan stadium berkapasiti 62,000 tempat duduk itu.

Namun De Bruyne berpendapat Tottenham tetap adalah pasukan yang bahaya walaupun masih kekal beraksi di Wembley.

De Bruyne
(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

“Saya tidak peduli mengenai stadium itu. Saya hanya pedulikan pasukan yang bakal kami hadapi,” ujar pemain antarabangsa Belgium itu kepada wartawan.

“Semua orang bercakap mengenai stadium itu seolah-olah ianya sangat istimewa.

“Tetapi semua [kelab] ada stadium masing-masing. Semua [kelab] juga ada penyokong masing-masing.

“Saya tidak fikir akan ada perbezaan. Mereka mungkin sedikit teruja, namun akhirnya ia sama mengenai stadium yang dipenuhi penyokong.

General view of the new Tottenham Hotspur Stadium Tottenham Hotspur v Crystal Palace – Premier League – Tottenham Hotspur Stadium 03-04-2019 . (Photo by Adam Davy/EMPICS/PA Images via Getty Images)

“Jika di Wembley ada 80,000 atau 62,000, apakah bezanya? Kami menjangkakan perlawanan yang sengit, namun kami tidak ada masalah untuk itu.”

City berpeluang untuk mara ke separuh akhir UEFA Champions League musim ini sekiranya menewaskan Spurs. Musim lalu, City dinafikan oleh Liverpool di peringkat yang sama.

“Ia adalah pasukan yang berbeza, musim berbeza, dan pemain yang berbeza,” tambah De Bruyne.

“Musim lalu kami melalui musim yang hebat, namun gagal melepasi saingan suku akhir.”

Leave a Reply