Chelsea Harap Mereka Mampu Tagih Khidmat Robert Lewandowski

Robert Lewandowski menarik perhatian sekali lagi apabila kembali dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea.

Perkhabaran tersebut dilaporkan oleh Daily Mail, yang mendedahkan Chelsea sedang merisik penyerang antarabangsa Poland – yang sudah menjaringkan 186 gol sejak menyertai Bayern Munich pada tahun 2014.

Beberapa bulan lalu, Maurizio Sarri pernah mengakui ketumpulan bahagian serangan menjadi antara faktor yang menjejaskan misi pasukan.

Hal ini terbukti apabila jumlah jaringan yang dicatatkan Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini adalah lebih rendah berbanding lima pasukan terkuat liga.

Buru Lewandowski

Chelsea berusaha mengukuhkan lagi jentera serangan The Blues apabila berjaya mendapatkan penyerang Argentina, Gonzalo Higuain menerusi pinjaman daripada Juventus sehingga hujung musim ini.

Sarri pada awal perancangannya meletakkan kepercayaan dan harapan kepada Olivier Giroud dan Alvaro Morata untuk mengemudi barisan serangan. Bagaimanapun kedua-dua penyerang itu telah tampil dengan aksi yang kurang memuaskan.

Chelsea’s Olivier Giroud replaces team-mate Gonzalo Higuain during the Premier League match at the Vitality Stadium, Bournemouth. (Photo by Andrew Matthews/PA Images via Getty Images)

Justeru membuatkan pengurusan Chelsea mula menyenarai pendek beberapa nama penyerang baharu bagi menyelesaikan masalah ketumpulan bahagian jentera serangan mereka.

Menurut laporan terbaru, Sarri cukup berminat dengan gaya permainan Lewandowski dan pengurus dari Itali tersebut mahu menamatkan misi pemburuan mendapatkan penyerang baharu dengan mendapatkan Lewandoski – yang pernah menjadi sasaran kelab itu sejak dahulu lagi.

Seperti diketahui, Sarri pernah mencadangkan nama Lewandowski, namun segala perancangan tersebut terbatas apabila Bayern Munich enggan melepaskannya. Akhirnya Chelsea menyenaraikan Higuain sebagai calon pilihan kedua.

MUNICH, GERMANY – APRIL 06: Robert Lewandowski of Muenchen celebrates scoring the 2nd team goal next to Roman Buerki, keeper of Dortmund during the Bundesliga match between FC Bayern Muenchen and Borussia Dortmund at Allianz Arena on April 06, 2019 in Munich, Germany. (Photo by Alexander Hassenstein/Bongarts/Getty Images)

Tunggu keputusan rayuan

Menurut laporan itu juga, rundingan antara ejen Chelsea dan Lewandowski berjalan dengan lancar. Penyerang itu juga telah dipelawa berpindah ke London selepas sebelum ini pernah mendedahkan keinginan beliau mencari cabaran bersama kelab baru.

Chelsea sendiri dilaporkan bersedia mengeluarkan dana sebanyak £70 juta sebagai bayaran awal bagi urusan perpindahan pemain tersebut.

Akan tetapi, Chelsea berkemungkinan tidak akan membawa Lewandowski pada musim panas ini disebabkan perlu menunggu keputusan rayuan kedua keatas FIFA selepas hukuman  melanggar artikel 19 peraturan FIFA dengan merekrut 29 pemain di bawah umur 18 tahun.

Leave a Reply