De Bruyne Cedera Lutut Sekali Lagi, Perlu Berehat 6 Minggu

Pep Guardiola menerima perkhabaran tidak gembira sekali lagi berkaitan dengan perancang tengah beliau – Kevin De Bruyne. Pemain antarabangsa Belgium itu terpaksa berehat sekali lagi – dijangkan sekitar 6 minggu – selepas cedera di lutut sekali lagi.

Kecederaan lutut itu berlaku pada minit ke-86, dalam aksi Piala Carabao di antara Man. City dan Fulham – City menang 2-0 dalam perlawanan itu.

Sebelum ini, De Bruyne disisihkan kerana kerosakan pada ligamen di lutut kanan beliau. Pada Januari 2016 beliau pernah cedera serius di lutut kanan dan ligamen pada buku lali.

Guardiola berharap kecederaan itu tak serius dan mahu pemain itu bangkit segera: “Kecederaan seperti ini agak malang. Beliau sangat kuat dan berjaya kembali dengan lancar dalam kecederaan sebelum ini – di mana ianya lebih teruk daripada yang ini.”

“Beliau akan pulih dengan baik kerana kami ada bahagia perubatan yang sangat hebat. Saya lebih risau dengan kecederaan melibatkan otot,” tambahnya lagi.

Guardiola mengakui pasukan Man. City akan menjadi lebih kuat dengan adanya Kevin De Bruyne di dalam pasukan. Namun begitu, beliau menegaskan yang ‘hidup’ harus diteruskan oleh Man. City – sama ada dengan adanya De Bruyne ataupun tanpa pemain tersebut.

Beliau menambah lagi: “Beliau [De Bruyne] sangat sedih selepas perlawanan itu. Dan hari berikutnya beliau kembali kuat semula. Beliau boleh gunaka masa ini bersama-sama dengan anak lelaki yang baru lahir.”

Jika benar prognosis yang dilakukan oleh pasukan perubatan Man. City, pemain itu akan kembali untuk perlawanan pada 8 Disember – menentang kelab lamanya – Chelsea.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN