Di kala pemain lain meraikan kejuaraan EPL dengan tweet dan status yang penuh dengan kegirangan. Berbeza dengan David Silva.
Beliau meraikan kejayaan menjuarai EPL 2017/18 dengan hanya memuat naik gambar beliau dan anaknya yang kami percaya di hospital. Dalam status tweet beliau semalam, Silva berkata:
“Kejuaraan liga ke-3 saya, tetapi yang satu ini (anak) yang paling istimewa.”
“Terima kasih kepada semua yang telah meyokong saya ketika detik sukar sepanjang tahun ini.”
Musim ini David Silva beberapa kali diberikan perlepasan khas daripada latihan dan perlawanan Manchester City dan juga Sepanyol.
Ini kerana beliau perlu menemani anak kecilnya yang dilahirkan pra-matang Disember tahun lalu dan ada komplikasi. Setiap hari anak kecil beliau, Mateo bertarung dengan nyawa.
David Silva selepas ini akan menumpukan perhatian bersama dengan pasukan Sepanyol untuk kempen Piala Dunia di Rusia.
David Silva telah menjadi nadi penting Manchester City dalam kejuaraan EPL pertama mereka bersama dengan Pep Guardiola. Beliau adalah pemain no.10 yang kreatif dan musim ini banyak juga beraksi di posisi yang lebih ke bawah.
My 3rd league but this one is the most special.Thanks to everyone for supporting me in this tough year!🏆🏆🏆 pic.twitter.com/kKslE189uu
— David Silva (@21LVA) April 15, 2018
Semoga kekal kuat Mateo dan David Silva sekeluarga. Tahniah di atas kejayaan anda David Silva musim ini. Sebelum ini David Silva juga sudah memenangi Piala Carabao dengan Manchester City.