MSL 2018: XI Terbaik Mingguan Pilihan Kami, 4 Pemain Kedah Tersenarai

Untuk minggu kali ini, kami membuat penilaian daripada LS6 Liga Super Malaysia.

Kami memilih 4-3-3 untuk formasi kami kali ini.

Penjaga Gol – Kaharudin (Negeri Sembilan)

Beliau berhadapan dengan beberapa percubaan bahaya daripada pasukan Kelantan. Melakukan 3 ‘save’ penting untuk menafikan gawang mereka bolos lebih banyak.

Secara keseluruhan, beliau berhadapan dengan 4 percubaan tepat.  Jika tidak kerana Kaharudin, Negeri Sembilan mungkin akan tewas dengan lebih banyak.

Berbeza dengan beberapa penjaga gol seperti Farizal Marlias, dan Sufian Abdul Rahman, walaupun mereka tak dibolosi tetapi mereka berhadapan dengan jumlah percubaan yang rendah dengan masing-masing hanya berhadapan 1 percubaan tepat.

Bek kanan – Rizal Ghazali (Kedah)

Beliau beraksi dengan baik menentang Selangor. Melakukan banyak larian bertenaga untuk membantu serangan dan bertahan.

Bek tengah – Marcos Antonio (JDT)

Kubu JDT ini telah menjadi pemain yang mengurangkan impak kepada Farizal Marlias. Sangat tenang dalam bertahan dan memenangi duel. Farizal hanya berhadapan 1 percubaan tepat daripada lawan.

Bek tengah – Igor Zonjic (Terengganu)

Beliau berjaya menguruskan pertahanan Terengganu dengan baik dalam perlawanan menentang Melaka. Berjaya membantu pasukan melakukan ‘clean sheet’.

Bek kiri -Nazirul Naim (Perak)

Beliau banyak menghadirkan ancaman kepada PKNP FC terutama sekali pada separuh masa pertama. Berjaya mencetuskan beberapa ancaman dan membantu Nor Hakim Hassan. Beliau turut melakukan satu ‘on the line clearance’.

Tengah defensif – Akram Mahinan (Kedah)

Ini antara aksi terbaik Akram Mahinan dalam jersi pasukan Kedah musim ini. Beliau seorang yang lebih ‘direct’ di tengah. Berjaya menjadi ‘enforcer’ yang baik ketika menyerang dan beliau berjaya pergi ke kotak bahaya dan menjaringkan gol.

Tengah – Nik Akif (Kelantan)

Pemain ini menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan. Beliau adalah pemain terbaik Kelantan di atas padang dalam perlawanan yang mereka ketinggalan awal. Persembahan yang meyakinkan dan mampu merancang perlawanan.

Tengah serangan – Andik Vermansyah (Kedah)

Andik berjaya memberikan impak sekali lagi dalam pasukan. Berjaya melakukan 1 bantuan gol untuk pasukan Kedah. Beliau membekalkan dinamik dan ‘work rate’ yang tinggi.

Sayap kanan – Safawi Rasid (JDT)

Safawi Rasid terus menunjukkan aksi cemerlang beliau musim ini. Beliau turut menjaringkan gol yang cantik pada perlawanan ini. Beliau menggunakan peluang yang diberikan kepadanya sebaik mungkin

Sayap kiri – Gonzalo Cabrera (JDT)

Beliau menjadi pemain paling berpengaruh dalam perlawanan di dalam perlawanan menentang PKNS FC. Beliau terlibat secara langsung untuk kesemua gol JDT pada LS6. Menjaringkan 2 gol dan 1 bantuan gol.

Penyerang – Sandro Mendonca (Kedah)

Beliau menjadi pusat kepada segalanya untuk Kedah di bahagian serangan dalam perlawanan menentang Selangor. Beliau terlibat dalam 3 gol secara langsung dan 1 gol secara tak langsung. Ini kerana beliau mencetuskan gol pertama dan kemudian melakukan 2 gol dan 1 bantuan gol. Kami akan berikan lilitan kapten kepada beliau.

Jurulatih: Nidzam Adzha (Kedah)

Permulaan yang baik untuk interim Kedah, Nidzam Adzha yang melakukan debut sekali lagi untuk Kedah sebagai jurulatih. Mengembalikan motivasi dan semangat pemain-pemain Kedah berhadapan dengan pasukan seperti Selangor.

Pemain simpanan

Sufian Abd. Rahman (Terengganu)
Alvaro Silva (Kedah)
Nazmi Faiz (JDT)
Nasir Basharudin (Perak)
Sumareh (Pahang)
Kipre Tchetche (Terengganu)
De Paula (Kuala Lumpur)

Itulah pilihan XI terbaik kami di SemuanyaBOLA. Kami mahu lihat pilihan anda pula. Nyatakan pilihan anda di ruangan komen.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN