David Silva sudah pun mengesahkan musim ini akan menjadi musim terakhirnya di Manchester City dan akan meninggalkan kelab tersebut apabila kontraknya tamat tidak lama lagi.
Berdasarkan kontrak sedia ada, ia akan berakhir pada 30 Jun ini, tetapi beliau dijangka akan menandatangani kontrak jangka masa pendek yang membolehkannya bermain baki perlawanan yang telah tertangguh sejak pertangahan Mac lalu.
Terdapat ura-ura mengatakan pemenang Piala Dunia 2010 itu akan kembali menyertai kelab Sepanyol untuk menghabiskan saki baki karier di negara kelahirannya.
Bagaimanapun, David Beckham sebelum ini mengakui berminat untuk membawa Silva untuk menyertai kelabnya, Inter Miami yang beraksi di Major League Soccer (MLS).
It looks like David Silva could be the first superstar to join David Beckham's Inter Miami 🤩 pic.twitter.com/Jl5pzrFtvA
— Football on TNT Sports (@footballontnt) September 20, 2019
Seorang penulis sukan, Miguel Rico dari Sport Witness pula mendakwa terdapat sumber yang kuat mengatakan pemain berusia 34 tahun itu akan ke Timur Tengah untuk menempuh cabaran baharu.
Silva menyertai City dari Valencia pada 2010 dengan nilai perpindahan sebanyak £24 juta (RM115 juta), satu angka yang boleh dianggap rendah pada hari ini jika dibandingkan dengan pencapaian yang diraih sepanjang 10 tahun di Stadium Etihad.
Walaupun agak ‘lambat panas’ pada awalnya, beliau akhirnya telah merekodkan 57 gol serta 90 bantuan jaringan dala 301 penampilan di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Beliau memainkan peranan yang cukup penting buat pasukannya dengan mengumpul empat kejuaraan EPL, dua Piala FA dan Lima Piala Liga menjadikannya sebagai pemain sepanyol paling berjaya di England.
David Silva:
— City Report (@cityreport_) April 24, 2020
"I was thrilled to join Manchester City in 2010, where it's been my honor to play a role in guiding the club to a number of important victories over the past decade. Those include two FA Cups, five EFL/Carabao Cups, and four Premier League titles." pic.twitter.com/t6CV677Kta
Dengan selepas ini semua perlawanan akan berlangsung secara tertutup, agak menyedihkan kerana penyokong dan peminat setia Silva tidak sempat untuk meraikan majlis perpisahannya di Stadium Etihad.
“Apa yang boleh saya katakan, saya telah berusaha buat yang terbaik. Setelah 10 tahun di sini, saya berpuas hati dengan apa yang telah saya sumbangkan,” kata Silva dalam satu temubual bulan lepas.
“Kitaran itu akan sudah sampai ke penghujungnya, tetapi kelab ini akan di ingatan selagi mana saya masih hidup. Sejak hari pertama saya menjejakkan kaki di sini, semua orang melayan saya dengan sangat baik.
“Di sini, mereka semua sangat menghormati saya dan menjadikan saya sebagai contoh ikutan. Namun sekarang ini saya dan keluarga perlukan cabaran baharu.”
Kredit Foto: Getty Images