David Moyes Akui Tertekan Urus Sunderland, Sering Duduk Bilik Gelap Selepas Kalah

Pengurus Sunderland David Moyes mengakui kemunculan semula beliau ke Premier League adalah tidak seperti yang dijangkakan beliau.

Bekas pengurus pasukan Everton, Manchester United dan Real Sociedad itu mengakui hidupnya kini dalam tekanan selepas pasukannya menjadi satu-satunya pasukan yang tidak menang sebarang perlawanan liga di seluruh 4 divisyen utama Liga Inggeris.

Bilik gelap

Kekalahan demi kekalahan ternyata merobek jiwa dan semangat Moyes.

Dan kerana itu, beliau sering melakukan satu perbuatan yang pelik.

Jika tewas satu-satu perlawanan, Moyes akan mengasingkan diri beliau di dalam bilik gelap selepas hari perlawanan.

Untuk musim ini hampir setiap minggu beliau akan mengasingkan diri beliau di dalam bilik gelap. Jadi pada minggu berapa beliau tidak perlu berbuat sedemikian?

David Moyes

Sunderland kini berada di tangga ke-20 liga dengan hanya mengutip 2 mata sahaja dari 10 perlawanan.

Moyes mengakui situasi di Sunderland adalah situasi yang tidak baik.

“Bila anda sudah melakukan perkara yang betul untuk 450 ke 500 perlawanan Premier League. Anda pasti mahu lakukan perkara yang sama itu untuk berulang kali.”

“Kami cuba untuk berlatih dengan betul. Memasukkan semua jenis latihan yang betul ke dalam rejim latihan kami. Jadi kami cuba untuk lakukan perkara yang betul walaupun kami dalam situasi yang cukup sukar sekarang.”

Moyes juga mengaku dimana pemain bukanlah individu yang perlu dipersalahkan diatas situasi sukar di kelabnya sekarang.

“Jelas tindakan memaki pemain diatas keputusan yang teruk adalah tindakan yang betul. Sunderland tidak akan maju.”

Malang tak berhenti

Sunderland kini berharap mereka mampu mencari kemenangan pertama mereka musim ini apabila melakukan kunjungan ke Vitality Stadium untuk menentang Bournemouth.

Namun begitu, mereka ditimpa satu lagi masalah selain daripada dengan masalah prestasi mereka.

David Moyes telah didenda oleh England FA selepas beliau memaki pengadil ke-4 ketika aksi EFL Cup.

Ketika aksi menentang Southampton, Moyes ternyata berang selepas pengadil perlawanan tidak memberikan penalti pada minit akhir permainan lalu beliau memaki pengadil ke-4 – James Adcock.

Moyes diarah ke tempat duduk penonton selepas itu.

britain-soccer-league-cup16-18

Dan terbaru, England FA telah mendenda beliau diatas kesalahan tersebut dengan menghukum Moyes dengan denda £8,000 (RM 40,100)

Selain daripada itu, Moyes juga diberi hukuman touchline ban untuk satu perlawanan.

Maka, Moyes perlu melihat pasukannya beraksi menentang Bournemouth dari tempat duduk penonton sahaja.

Baca juga: Howard Webb Dedahkan Penyokong, Pengurus Dan Pemain EPL Yang Paling Menjengkelkan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN