David Moyes Gembira Jadi Penghantar Buah & Sayur-Sayuran

David Moyes

Pengurus West Ham United, David Moyes mempunyai cara beliau yang tersendiri dalam memberikan khidmat kepada masyarakat berikutan penularan wabak COVID-19 pada ketika ini.

Ketika selebriti terkenal dunia lebih memilih untuk memberikan bantuan dalam bentuk wang tunai, pengendali berusia 57 tahun itu telah melakukan kerja sukarela dengan menjadi penghantar buah-buahan dan sayur-sayuran buat penduduk terutamanya warga tua di kawasan setempat.

Semuanya bermula apabila Moyes terlihat iklan yang mencari sukarelawan bagi melakukan kerja tersebut dan beliau tidak teragak-agak untuk memohonnya.

Menurut sumber Sky Sports, Moyes sudah melakukan kerja tersebut selama empat hari. Beliau nyata gembira dengan apa yang dilakukannya pada ketika ini.

”Apabila coronavirus pertama kali menyerang di sini, saya berada di dalam kedai buah-buahan dan sayur-sayuran di kampung saya.”

”Terdapat pemberitahuan di bahagian tingkap [kedai] yang mengatakan mereka mahu mencari pemandu [penghantaran]. Jadi, saya dengan sukarela, kerana isteri saya tiada pada masa itu dan saya bersendirian.”

”Apa yang saya lakukan adalah meletakkan barangan di pintu, mengetuk [pintu] dan kemudiannya pergi. Itu adalah sebuah kotak besar cantik yang berisi buah-buahan dan sayur-sayuran.”

”Saya fikir, ‘ini adalah hebat’! Saya benar-benar menikmatinya. Kembali semula ke kedai untuk mendapatkan banyak barang dan mengisinya di dalam kereta.” ujar David Moyes lagi.

Sememangnya usaha murni yang dilakukan oleh Moyes begitu menarik untuk diperkatakan. Beliau menunjukkan tiada sempadan yang memisahkan seluruh anggota masyarakat walaupun beliau kini dalam kalangan orang ternama.

Moyes yang meninggalkan West Ham pada Mei 2018 kembali dipanggil untuk membimbing kelab London tersebut selepas The Hammers memecat Manuel Pellegrini. Perlawanan pertama yang dikendalikannya adalah ketika West Ham United menumpaskan Bournemouth 4-0 pada 1 Januari 2020.

Kredit foto: Harriet Lander/Copa/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai West Ham United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN