David Luiz Tembak Balik Fakta Menyatakan 63% Bolos Chelsea Berpunca Daripada Beliau

Selepas kesilapan defensif oleh David Luiz dalam kekalahan 3-1 Chelsea di tangan Tottenham Hotspur, pemain tersebut dihujani dengan kritikan. Chelsea musim ini melepaskan 11 bolos dan beberapa daripadanya adalah kerana kesilapan defensif oleh David Luiz.

Ramai penyokong Chelsea mendesak agar Luiz direhatkan daripada pasukan utama. Namun Maurizzio Sarri terus memberikan kepercayaan kepada pemain itu sebagai bek tengah.

Gol kedua oleh Harry Kane pada hujung minggu lalu adalah berpunca daripada tindakan Luiz yang mengelak bola itu sehingga pengulas menyatakan: “David Luiz telan men-‘dummy’ penjaga gol beliau sendiri.”

https://twitter.com/r3al___AJ/status/1066388334912647168

Gol ketiga oleh Son Heung Min pula, David Luiz terlalu mudah dilepasi di zon bahaya (danger area) yang membolehkan pemain kebangsaan Korea Selatan itu mendapat ruang dan melakukan gol.

Penyokong Chelsea sebenarnya ada alasan tersendiri untuk meminta Sarri mempertimbangkan agar Luiz direhatkan seketika sehingga beliau mendapatkan semula prestasi terbaiknya. Sudah pastinya sebagai penyokong mereka merasai ada sesuatu yang tak kena.

Oddsbible berkongsi statistik yang menyatakan 63% – ataupun 7 daripada 11 bolos Chelsea musim ini adalah berpunca daripada kesilapan defensif David Luiz. Lantas Oddsbible bertanya, mungkin sudah tiba masanya Maurizzio Sarri mencari bek tengah baharu.

David Luiz berang dengan perkongsian fakta itu. Beliau telah membalas kenyataan Oddsbible dengan menyatakan: “Bagaimana dengan 28 mata yang kami telah menangi? Pemimpin akan sentiasa mengambil tanggungjawab, tiada masalah,” kata beliau dengan nada sinis.

Kekalahan 3-1 di tangan Spurs adalah yang pertama oleh Chelsea musim ini dalam EPL. Dan David Luiz menyatakan kekecewaan beliau di atas keputusan itu. Luiz berkata: “Kami tahu pentingnya memulakan perlawanan [dengan baik] – dan kami harus sentiasa bersedia. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku lagi.”

“Kita semua tahu Spurs adalah pasukan yang suka menekan lawan dengan intensif dan mereka lebih baik daripada kami hari ini. Kami menerima padah kerana aksi teruk kami pada separuh masa pertama.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN