David Luiz Sambung Kontrak Setahun Lagi Dengan Arsenal

David Luiz Arsenal

Pemain pertahanan Brazil, David Luiz dipercayai semakin hampir untuk menandatangani lanjutan kontrak untuk setahun lagi bersama Arsenal, menurut laporan berita Sky Sports.

Kontrak pemain berusia 33 tahun sepatutnya tamat pada hujung bulan ini, tetapi pengurus Arsenal, Mikel Arteta telah berkali-kali mendesak pengurusan kelab untuk segera menyambung kontrak pemain tersebut.

Luiz yang dilayangkan kad merah ketika aksi menentang City teruk dikritik kerana persembahan buruknya dalam perlawanan tersebut yang menyaksikan dua kesilapannya telah menyebabkan Arsenal tewas 3-0 di Stadium Etihad.

Luiz yang masuk pada separuh masa pertama menggantikan Pablo Mari yang mengalami kecederaan membuat kesilapan apabila gagal menampan bola dengan baik dan memberikan gol mudah buat Raheem Sterling.

Kemudian pada babak kedua, beliau menjatuhkan Riyad Mahrez di dalam kotak penalti dan terus diarah keluar padang oleh pengadil perlawanan.

Ketika kebanyakan pihak menjangkakan kariernya bersama dengan The Gunners sudah berakhir dan mungkin perlawanan tersebut bakal menjadi aksi terakhirnya untuk Arsenal, sebaliknya yang berlaku.

Perkembangan terbaru ini tentunya tidak menyenangkan penyokong setia kelab utara London itu yang mahukan pemain baharu yang lebih baik untuk mengemudi benteng pertahanan pasukan.

https://twitter.com/robkitfuey_fu/status/1275503995050745857?s=20

Mungkin faktor kecederaan beberapa pemain pertahanan lain termasuk Pablo Mari dan Calum Chambers membuatkan Arteta terdesak untuk memastikan beliau ada ‘squad depth’ yang cukup untuk musim depan.

Malah pengendali warga Sepanyol itu juga telah menggesa pihak kelab membuat pembelian tetap dua pemain yang sedang dipinjamkan iaitu Pablo Mari dan Cedric Soares.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai David Luiz dan Arsenal:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN