David Luiz Mahu Menang Lebih Banyak Trofi Bersama Arsenal

David Luiz secara rasmi menjadi pemain Arsenal pada hari terakhir perpindahan Liga Inggeris.

Pemain pertahanan dari Brazil berusia 32 tahun itu melengkapkan perpindahan yang dianggap kontroversi kerana perseteruan setempat – daripada Chelsea ke Arsenal dengan nilai £8 juta.

Ditawarkan dengan kontrak selama dua tahun, Luiz berkata beliau sanggup meninggalkan Stamford Bridge kerana mahu memenangi lebih banyak kejuaraan bersama Arsenal.

Ketika bercakap kepada media Arsenal seperti yang disiarkan oleh laman sesawang kelab tersebut, Luiz dipetik sebagai berkata:

“Sepanjang hidup saya, saya sentiasa memulakan setiap musim dengan misi untuk memenangi kejuaraan.

“Ia tidak akan menjadi lain di sini. Saya datang ke sini dengan mentaliti sama kerana itulah sebab utama saya berpindah ke sini.”

Luiz sebelum ini meninggalkan Chelsea untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG) pada 2014, sebelum kembali ke Stamford Bridge dua tahun kemudian.

Walaupun memberikan komitmen kepada kontrak baharu selama dua tahun pada Mei, Luiz berkata ia sangat jelas tempoh beliau di Stamford Bridge sudah pun tamat.

“Pusingan itu tamat di sini. Terdapat perbualan antara saya dan pihak kelab dan juga semua pihak.

“Saya mempunyai peluang untuk menyertai satu lagi kelab. Saya sentiasa mahukan cabaran baharu.

“Saya tidak takut mencuba perkara yang baru. Tidak ramai pemain akan berani melakukan perpindahan sebegini. Mereka mungkin takut, atau kerana perkara lain yang serupa.


Luiz juga gembira dengan jentera serangan pada musim ini.

“Saya gembira kerana berada di dalam pasukan dengan pemain seperti Lacazette dan Aubameyang. Ia akan lebih mudah sekarang.”

Selain David Luiz, Arsenal juga berjaya membawa masuk Kieran Tierney daripada Celtic pada hari terakhir perindahan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN