RASMI: Lukaku Milik Inter Milan, Dapat Gaji £300,000 Seminggu

Romelu Lukaku rasmi menjadi Inter Milan selepas satu episod perpindahan yang agak panjang dan beberapa drama di dalamnya. Perkara itu disahkan oleh Inter Milan dalam pengumuman rasmi menerusi media sosial kelab.

Man. United dan Inter Milan dilaporkan bersetuju dengan harga £73 juta dengan ada bonus tambahan. Manchester United membayar keseluruhan £90 juta untuk mendapatkan Lukaku daripada Everton dengan bayaran £75 juta + bayaran tambahan £15 juta.

Manchester United sebelum ini cuba menggunakan Lukaku untuk disertakan dalam usaha membawa Paulo Dybala. Namun gagal mendapat kata putus. Lukaku pula sememangnya berkeras mahu datang ke Inter Milan berbanding Juventus.

Lukaku memberikan salam perkenalan kepada peminat sebagai pemain baharu Inter Milan menerusi video ringkas.

Lukaku meninggalkan EPL dengan rekod 113 gol. Romelu Lukaku setuju dengan kontrak 5 tahun dengan gaji £300,000 seminggu.

Antonio Conte Pernah mahukan Lukaku ketika di Chelsea namun beliau gagal kerana dipintas oleh Mourinho. Kali ini beliau memastikan Lukaku akan menjadi miliknya walaupun hampir dipintas oleh Sarri, sorang lagi bekas pengurus Chelsea.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN