Kehadiran pengurus pasukan, Mikel Arteta pada 20 Disember 2019 dilihat telah membawa nafas baharu buat Arsenal yang terumbang-ambing ketika di bawah kendalian pengendali terdahulu, Unai Emery.
Arteta berjaya mengemudi Arsenal sehingga menjadi pasukan yang tidak tewas dalam saingan Liga Perdana Inggeris ketika memasuki tahun 2020 apabila mencatatkan empat kemenangan dan empat keputusan seri.
Lebih bermakna satu daripada kemenangan tersebut hadir setelah The Gunners berjaya menundukkan Manchester United 2-0 pada aksi yang berlangsung di Emirates Stadium.
Melihatkan kepada perkembangan tersebut, pemain pertahanan tengah berpengalaman, David Luiz menghamburkan pujian kepada pengurusnya dan menyifatkan Arteta telah melakukan tugasan dengan luar biasa.
Pertahanan kelahiran Brazil itu melihat Arteta telah membawa falsafah uniknya yang tersendiri ketika membimbing Arsenal.
”Mikel [Arteta] melakukan perkara luar biasa. Saya menikmati usia hampir 33 tahun dan masih belajar dan meningkat serta melihat betapa indahnya bola sepak.”
”Setiap hari dia akan mengubah sesuatu dan bagaimana idea baharu dan falsafah masoh boleh mempertingkatkan saya sebagai seorang manusia, pemain dan juga pemimpin,” ujar David Luiz menurut laporan Goal.
”Mikel telah berusaha untuk membuatkan kami memahami dimana dan bagaimana cara untuk kami bermain: ‘Jika sesebuah pemain seperti ini, sekiranya terdapat blok rendah ‘park the bus’, bagaimana anda boleh melakukannya, ambil tanggungjawab dengan melakukan hantaran berisiko’.
”Jika hantaran tersebut sampai [kepada rakan sepasukan], kita dapat mencipta peluang dan menjaringkan gol, sekiranya tidak sampai, kita boleh kembali memenangi bola dengan cepat.”
”Mikel, dia telah membawakan falsafah di mana semua orang perlu berfikir yang terbaik untuk kelab, dan membuatkan kelab kembali menyinar. Semua orang, tidak hanya pemain, semua orang harus menyirup oksigen ini.”
”Tidak kira dimana atau bila anda tewas, kami membawanya kembali,” ujar David Luiz lagi.
Seperti yang diketahui sebelum menyertai Arsenal, Mikel Arteta berkhidmat selaku pembantu kepada Pep Guardiola bermula tahun 2016.
Kredit foto: Julian Finney/Getty Images