Daniele Rugani & Blaise Matuidi Sudah Pulih Sepenuhnya

Blaise Matuidi

Dua pemain Juventus, Daniele Rugani dan Blaise Matuidi yang disahkan positif COVID-19 sebelum ini dilaporkan sudah kembali pulih sepenuhnya daripada jangkitan wabak berbahaya itu.

Pada 18 Mac lalu, Matuidi telah disahkan positif wabak tersebut dan seminggu kemudian, Rugani pula menerima nasib yang sama seperti pemain tengah skuad kebangsaan Perancis itu.

Menurut sumber Goal, kenyataan rasmi berhubung perkembangan terbaharu yang positif tersebut telah dikeluarkan oleh kelab gergasi Itali itu.

”Rugani dan Matudi telah mengikuti segala protokol kesihatan yang ditetapkan dengan melakukan pemeriksaan melalui ujian diagnostik untuk virus COVID-19 sebanyak dua kali.”

REGGIO NELL’EMILIA, ITALY – FEBRUARY 10: Juventus players Blaise Matuidi , Martin Caceres , Alex Sandro , Mattia Perin , Paulo Dybala , Miralem Pjanic , Andrea Barzagli , Emre Can , Sami Khedira , Federico Bernardeschi , Cristiano Ronaldo and Daniele Rugani during the travel back to Turin after the Serie A match between US Sassuolo and Juventus at Mapei Stadium – Citta’ del Tricolore on February 10, 2019 in Reggio nell’Emilia, Italy. (Photo by Daniele Badolato – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images)

”Keputusan ujian buat kedua-dua pemain tersebut menunjukkan negatif. Oleh itu, pemain-pemain ini telah pulih dan tidak perlu lagi untuk dikuarantin di rumah mereka lagi,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Juventus.

Seorang lagi pemain Juventus yang turut dijangkiti, Paulo Dybala bagaimanapun masih lagi belum pulih sepenuhnya dan terpaksa untuk terus menjalani proses ‘kuarantin’ di rumahnya.

Dalam pada itu, Matuidi sebelum ini mendedahkan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang simptom.

”Saya adalah pembawa virus tanpa gejala [asymptomatic], mengetahu hak istimewa sebagai pemain bola sepak profesional dan mendapat manfaat daripada pemantauan perubatan yang kerap dan sangat baik. Jika tidak, saya mungkin tidak akan mengetahui mengenai perkara ini.”

Kredit foto: Valerio Pennicino – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images

Baca artikel kami yang lain mengenai COVID-19:

Leave a Reply