David De Gea Bakal Perolehi Kontrak Baharu Setanding Pogba

Hanya tiga hari lalu, laporan dari media Britain mengatakan Jan Oblak bakal ke Old Trafford untuk menggantikan David de Gea selaku penjaga gol Manchester United.

Ini berikutan pemain tersebut gagal mencapai persetujuan mengenai kontrak baharu untuk terus kekal di kelab tersebut.

Hari ini The Guardian melaporkan David de Gea akhirnya bersetuju dengan tawaran kontrak baharu yang akan mengekalkan beliau bersama juara 20 kali Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Hanya butiran dokumentasi perlu dilengkapkan sebelum De Gea bakal menerima kontrak baharu dengan tawaran £290,000 seminggu.

Jumlah pendapatan tersebut menyamai apa yang diterima oleh Paul Pogba.

Kontrak De Gea di Old Trafford akan berakhir pada musim panas akan datang. Malah di bawah peraturan Bosman, penjaga gol antarabangsa Sepanyol itu dibenarkan untuk menandatangani pra kontrak dengan mana-mana kelab di luar England – secara percuma.

Juventus adalah antara kelab yang mengintai khidmat penjaga gol tersebut, selain daripada Real Madrid yang turut dikaitkan dengan penjaga gol tersebut sejak beberapa musim lalu.

Selain daripada dilantik sebagai pengurus interim – sebelum diberikan peranan secara tetap – pada Disember lalu, antara tanggungjawab yang diamanahkan oleh tampuk pengurusan tertinggi di Old Trafford untuk Ole Gunnar Solskjaer, ialah untuk meyakinkan pemain-pemain utama untuk terus kekal.

Anthony Martial bersetuju untuk kekal dengan kontrak jangka masa panjang pada Januari lalu. Sekiranya De Gea turut menjejak langkah Martial, maka ia juga bakal dianggap sebagai satu kejayaan oleh kelab tersebut.

De Gea menyertai Manchester United dari Atletico Madrid pada musim panas 2011.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN