David De Gea Anggap Man Utd Sudah Miliki Mentaliti Kemenangan

David De Gea
Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' Loading official content
Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life'
Bruno Guimaraes speaks to media after helping guide Newcastle United to their first trophy in 70-years with a Carabao Cup win.
0 seconds of 47 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
PSG dominate Marseille in Le Classique
01:12
00:00
00:47
00:47
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya PSG dominate Marseille in Le Classique Messi bags his trademark chip against Atlanta United Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' All Newcastle's goals en route to the Carabao Cup final Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Slot: 'Quansah's mentality has grown' Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

David De Gea yakin dengan kemampuan dirinya meskipun sedar beliau akan mendapat tentangan hebat daripada Dean Henderson yang turut mengintai peluang untuk merampas kedudukannya selaku penjaga gol utama.

Henderson yang melalui dua musim cemerlang bersama Sheffield United, kembali semula ke Manchester pada musim panas lalu dalam usahanya untuk memenangi hati Ole Gunnar Solskjaer.

Tetapi De Gea yang sebelum ini dikritik berikutan beberapa kesilapan dilakukannya kelihatan sudah mula meningkatkan prestasinya dan yang terbaharu ketika bertemu Wolves, beliau bertindak cemerlang dalam menafikan beberapa peluang terbaik skuad bimbingan Nuno Espirito Santo itu daripada menjaringkan gol.

Sehubungan dengan itu, penjaga gol kelahiran Madrid tersebut jelas gembira dengan persembahannya dan yakin mampu untuk terus menjadi pilihan utama bagi mengawal gawang Manchester United. Posisi yang menjadi miliknya sejak sembilan tahun lalu.

”Sejujurnya, saya berasa sangat yakin,” ujar De Gea menurut laporan Goal.

”Saya sangat gembira setiap kali saya dapat membantu pasukan seperti hari ini [pagi semalam], melakukan beberapa penyelamatan penting untuk memastikan ‘clean sheets’ dapat dikekalkan.”

”Seluruh pasukan, saya merasakan kami bermain dengan cukup baik, ya, saya sangat gembira.”

”Saya rasa kami telah memiliki mentaliti kemenangan dan ia sangat penting buat pasukan kami. Kesemua daripada kami mahu mencapai kemenangan, kami akan terus mencubanya sehingga ke akhir saingan.”

”Pengurus mahu kami mencuba hingga ke akhir saingan. Sangat hebat untuk melihat pasukan ini cuba untuk menjaringkan gol sehingga ke minit terakhir dan kemudiannya kami berjaya menjaringkan gol, jadi ia perkara sempurna buat kami,” tambah De Gea lagi.

Kredit featured image:

Baca artikel lain dari kami mengenai David De Gea:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN