David Beckham Hampir Jadi Pemain Barcelona Sebelum ‘Disailang’ Real Madrid

Dunia hari ini mengenali David Beckham sebagai antara pemain ternama yang pernah beraksi untuk skuad Galaticos Real Madrid.

Tetapi, tahukah anda yang beliau sebenarnya hampir menjadi milik Barcelona?

Pada 2003, calon presiden Barcelona Joan Laporta bersaing dengan Lluis Bassat untuk jawatan tersebut dan menurut Bassat, Laporta mahu membawa Beckham ke kelab itu.

Menurut Football Espana, Bassat ketika itu sedang mempunyai kelebihan untuk merangkul jawatan tersebut.

“Sesuatu terjadi menjelang pemilihan, ketika itu saya mempunyai 42% kelebihan undi dan Laporta hanya 9% sahaja.”

“Kemudian saya menelefon ketua pengiklanan agensi yang menguruskan akaun Manchester United.”

Bassat kemudiannya mendedahkan tujuan beliau menghubungi agensi tersebut iaitu Ogilvy Group itu adalah untuk mendapatkan bantuan mendapatkan penaja seperti mana yang diperoleh Manchester United.

“Ketika saya bercakap dengan dia, dia berkata kepada saya yang Laporta sudah mendapatkan khidmat Beckham.”

“Saya katakan kepadanya yang Beckham tidak ke Barcelona sebaliknya pemain itu ke Real Madrid.”

Barangkali kerana itu, Laporta berjaya mendapatkan jawatan presiden itu dan menjadi presiden sehingga 2010.

Sementara itu Beckham menyarung jersi putih Real Madrid dari tahun 2003 hingga 2007 dan menyertai skuad mewah kelab itu yang turut dianggotai oleh Luis Figo, Zinedine Zidane dan Ronaldo.

Baca juga artikel kami mengenai David Beckham:

David Beckham Mahu ‘Tarik’ Sergio Ramos Sertai Inter Miami

David Beckham: Budak Leytonstone Yang Mencipta Nama Di Old Trafford

MLS: Kelab Milik David Beckham, Inter Miami Mahu Rekrut Pemain Inggeris

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN