David Beauguel terkejut ketika melihat sikap dingin dan panas barang bintang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo dengan pemain Al Wehda itu mengaku beliau sangat-sangat kecewa tentang hal tersebut.
Ronaldo menunjukkan sikap dingin ketika Beauguel meminta untuk bertukar jersi dan bintang Portugal itu juga dikritik kerana beliau terlalu kerap memaki hamun rakan sepasukannya.
Al-Nassr baru sahaja tersingkir dari saingan King Cup kemarin selepas mereka tewas 1-0 di tangan Al Wehda dengan David Beauguel muncul sebagai satu-satunya penjaring gol dalam perlawanan tersebut.
Al-Wehda's Jean-David Beauguel (31) describes playing against Al-Nassr's Cristiano Ronaldo (38):
"I told him that I was a big fan and asked for his jersey. He shook my hand without really looking at me, with a very contemptuous air."https://t.co/qbR4FdGR8p
— Get French Football News (@GFFN) April 27, 2023
Dua bulan lalu, Al-Nassr berjaya membelasah Al Wehda 4-0 dalam aksi saingan Liga Arab Saudi dengan Ronaldo cemerlang menjaringkan kesemua empat gol dalam perlawanan tersebut.
Walau Ronaldo menjadi wira dan pemain yang menggerunkan ketika aksi pertemuan antara kedua-dua pasukan Februari lalu, namun ketika aksi pertemuan kali ini, sepertinya beliau lah insan paling kecewa di atas padang.
Pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu dilihat turut memaki hamun pengurusnya sendiri ketika rehat separuh masa.
Bekas bintang Real Madrid dan Juventus itu jelas sekali tidak berada dalam situasi terbaiknya dan segala hal yang berlaku serba tak kena padanya pada hari itu.
Jelas sekali dengan situasi beliau seperti itu, tentu saja Ronaldo tak berminat untuk bertukar jersi atau beramah mesra dengan sesiapa selepas tamat perlawanan tersebut.
Al-Wehda striker Jean-David Beauguel insists he was left 'DISAPPOINTED' after meeting his hero Cristiano Ronaldo https://t.co/HvcwSSvoC2
— Mail Sport (@MailSport) April 26, 2023
Beauguel walau bagaimanapun tidak menyerah dengan beliau tetap mencuba nasib untuk mendekati Ronaldo dan mengajak beliau bertukar jersi.
Pemain kebangsaan Perancis itu walau bagaimanapun mendedahkan yang beliau sangat terkejut melihat sikap Ronaldo terhadap rakan sepasukannya dan turut mendedahkan yang pemain berusia 38 tahun itu bersikap acuh tak acuh terhadapnya.
“Saya sedikit kecewa.”
Jelas Beauguel kepada L’Equipe.
“Pada penghujung perlawanan, saya beritahu dia yang saya peminat setia dia dan saya juga turut meminta jersi dia.”
“Dia salam saya tanpa melihat saya sama sekali dan saya betul-betul rasa terhina.”
Beauguel kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:
Brilliant Jean-David Beauguel Bicycle Kick Knocks Cristiano Ronaldo's Al Nassr Out Of King Cup – https://t.co/wxCSrMIVQW
— Tiger (@Tiger_itti_1) April 25, 2023
“Saya masih ingat saya tonton video tentang dia ketika saya masih berada di kolej. Saya faham yang dia sangat kecewa selepas kekalahan itu, sebab dia seorang yang kuat bersaing, tapi sikap dia mengejutkan saya. Bahkan sejak di padang lagi, dia sentiasa kecewa dan maki hamun rakan sepasukan dia.”
Masih lagi, selain dari pengalaman negatif bertemu bintang Portugal itu, Beauguel percaya kehadiran Ronaldo di Arab Saudi akan menaikkan lagi martabat bola sepak negara di Timur Tengah itu.
“Selain dari sudut ekonomi yang saya jamin tentu saja sangat bagus, saya rasa kedatangan dia juga sebenarnya sangat baik untuk bola sepak Arab Saudi.”
“Mereka di sini sangat menggemari bola sepak. Dan ketibaan dia akan menarik minat pemain berkaliber lain untuk bermain di sini. Ia akan membenarkan bola sepak di sini semakin berkembang baik dari akademi mahupun pusat latihan.”
Cristiano Ronaldo's first season at Al Nassr could end trophyless.https://t.co/moN28IKtjF
— 360sportsGH (@360sportsGH) April 24, 2023
Menurut sumber laporan dari Saudi Gazette, Presiden Al-Nassr, Musailli Al-Muammar telah menghantar surat perletakkan jawatan selepas kekalahan bertemu Al-Wehda itu.
Ronaldo sementara itu berpotensi untuk mengharungi satu lagi musim tanpa sebarang kejuaraan dengan Al Nassr kini enam mata dibelakang pendahulu saingan liga, Al Ittihad.