Pemain Bayern Munich, David Alaba dilaporkan telah pun bersetuju untuk menyertai Real Madrid secara percuma sebaik sahaja kontraknya bersama kelab Bundesliga tersebut berakhir pada penghujung musim ini.
Pemain berusia 28 tahun itu dikatakan telah pun selesai menjalani pemeriksaan perubatan dan menerima tawaran kontrak selama empat tahun dengan gaji tahunan sekitar €11 juta.
Tidak dinafikan pemain antarabangsa Austria itu merupakan penyelesaian serampang tiga mata buat Zinedine Zidane berdasarkan keupayaannya yang boleh bermain di tiga posisi utama yang berbeza.
(☀️) Real Madrid are only waiting for the signatures of David Alaba 🇦🇹. The verbal agreement has been reached for his contract from next June, the deal will be done as soon the signatures arrive. Alaba has already promised himself to Real. [@FabrizioRomano] #Rmalive pic.twitter.com/qdJxfi26ZC
— RouteOneFootball (@Route1futbol) January 26, 2021
Seperti yang diketahui, Alaba merupakan pemain serba boleh, beliau mampu beraksi dengan baik di posisi pertahanan kiri, pertahanan tengah dan pemain tengah bertahan.
Pertahanan kiri
Untuk tempoh lebih sedekad, posisi ini telah didominasi oleh Marcelo, namun usianya tahun ini akan mencecah 33 tahun dan boleh dikatakan zaman kemuncaknya telah pun berakhir.
Sekalipun tempatnya telah diisi oleh Ferland Mendy yang turut beraksi dengan baik setakat ini. Namun Alaba pastinya menjanjikan kualiti yang lebih baik berbanding pemain Perancis tersebut.
Ianya merupakan posisi yang paling kerap untuk Alaba bersama Bayern Munich sebelum ini.
https://twitter.com/NezoFootball/status/619068422295437312?s=20
Pertahanan tengah
Dengan masa depan Sergio Ramos di Santiago Bernabeu masih menjadi teka teki, Alaba adalah pemain yang serba lengkap untuk menggantikan kapten pasukan berkenaan.
Sejak posisinya diubah ke pertahanan tengah oleh Hansi Flick bermula musim lepas, beliau dilihat dapat menyesuaikan diri dengan cukup baik dengan peranan baharunya itu sehingga berjaya membantu Bayern menjuarai lima trofi pada tahun ini.
Jika Ramos sah tidak menyambung kontraknya, Beliau akan digandingkan bersama Raphael Varane yang pastinya amat dinantikan oleh penyokong The Los Blancos.
David Alaba is Real Madrid's top target if Sergio Ramos doesn't sign a new contract, according to AS 👀 pic.twitter.com/dXuvgCcmXU
— GOAL (@goal) November 18, 2020
Tengah bertahan
Casemiro telah menjadi pemain utama untuk posisi nombor 6 di Real sejak lima tahun lalu dan kehadiran Alaba bukanlah untuk menggugat kedudukan pemain tengah Brazil tersebut.
Tetapi beliau boleh berperanan sebagai pilihan atau sandaran pada waktu-waktu yang memerlukan. Posisi tengah bertahan bukanlah asing buatnya terutamanya apabila beraksi bersama skuad kebangsaan Austria.
Penutup
Kejayaan Real Madrid mendapatkan Alaba tanpa sebarang yuran perpindahan merupakan satu kejayaan besar untuk pasukan tersebut terutamanya sewaktu tempoh krisis pandemik ini yang memerlukan pasukan berjimat-cermat.
https://twitter.com/lone_Ranger95/status/1345108548494258178?s=20
Zidane tentunya sudah pun merangka perancangan terbaik untuk pemain berkenaan menjadi salah seorang pemain terbaik untuk pasukannya pada musim akan datang.
Kredit Foto: Getty Images
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai David Alaba dan Real Madrid:
David Alaba: “Pengaruh Pep Guardiola Mengubah Gaya Permainan Bola Sepak Dunia”
11 Pemain Muda Berbakat Real Madrid Yang Hancur Di Tangan Zidane