Datuk Zainol Umum Peletakan Jawatan Selepas PKNP FC Tersingkir Ke Liga Premier

Zainol

Presiden Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC), Datuk Zainol Fadzi Paharudin mengotakan janjinya apabila mengumumkan peletakan jawatan ekoran kegagalan kelab tersebut kekal di Liga Super Malaysia musim hadapan.

PKNP FC tergelincir ke Liga Premier 2020 apabila menduduki tangga ke-11 selepas sekadar mengumpul 16 mata dari 22 perlawanan yang dilalui.

Menurut sumber Harian Metro, Zainol yang juga merupakan Penasihat Khas Menteri Besar Perak telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Setiausaha Kehormat PKNP FC, Abdul Manan Yang Kamardin.

Abdul Manan juga dilaporkan telah menerima surat tersebut tetapi mendedahkan bahawa tiada sebarang keputusan lagi dibuat berhubung dengan hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manik itu.

“Memang sudah menerima surat itu namun saya kena berbincang dahulu dengan EXCO mengenai keputusan itu, InsyaAllah malam ini baru kita akan berbincang mengenai keputusan itu,” ujar Abdul Manan.

Datuk Zainol Fadzi sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sekiranya PKNP FC tidak berjaya kekal di Liga Super pada musim hadapan.

“Letak jawatan ini serius dan bukan main-main. Kalau ikutkan sejak ambil alih (pasukan), saya di pihak pengurusan dan pentadbiran telah memenuhi hampir semua permintaan termasuk daripada segi gaji dan sebagainya.

“Jadi inilah masa untuk mereka (pemain) penuhi apa yang kami minta dan yang kami minta adalah supaya terus kekal dalam Liga Super. Untuk itu, mereka perlu menang beberapa perlawanan daripada baki tujuh yang tinggal ini,” jelas Datuk Zainol ketika Majlis Berbuka Puasa pasukan pada bulan Ramadan lalu.

Beliau yang turut pernah menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Perak mula mengemudi pengurusan tertinggi PKNP FC pada Oktober tahun lalu.

Kredit foto: PKNP FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN