Datuk Hamidin Puas Hati Pelan Cadangan Tapak Baru FAM Di Putrajaya

Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin hari ini selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengetuai satu delegasi dari badan induk bola sepak negara itu untuk meninjau tapak cadangan baru FAM di Putrajaya.

Pembinaan tapak baharu FAM itu adalah sebahagian daripada cadangan untuk membina bandar bola sepak di pusat pentadbiran negara itu – dan sebelum ini telah dicadangkan untuk dibina di atas tanah seluas 13 ekar yang terletak di Presint 5.

Projek tersebut turut merangkumi Pusat Latihan Kebangsaan FAM, selepas tapak tersebut diwartakan sebagai untuk padang bola sepak oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Perbadanan Putrajaya.

Foto: FAM

Pusat latihan tersebut dibina untuk menyediakan kemudahan latihan bertaraf dunia yang menepati tuntutan moden – bertujuan memberi suasana prestasi tinggi demi kegunaan pasukan elit.

Menarik mengenai projek ini ialah ia tidak membelakangkan komuniti setempat di Putrajaya.

FAM dikatakan turut bercadang menggunakan kaedah guna sama selain menimbang kemungkinan membina taman rekreasi untuk kegunaan penduduk setempat di situ.

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Naib Presiden Perancangan Bandar Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud yang memberi taklimat dan penerangan terperinci mengenai pembangunan bandar bola sepak tersebut.

Foto: FAM

“Berdasarkan tinjauan ini, FAM berpuas hati dengan susun atur serta pelan cadangan yang dikemukakan oleh pihak Perbadanan Putrajaya menerusi Datuk Fadlun.

“FAM juga mengambil kira tuntutan masyarakat setempat selain pentingnya sebuah stadium bertaraf antarabangsa yang boleh dijadikan gelanggang perlawanan antarabangsa,” kata Datuk Haji Hamidin.

Lawatan rasmi FAM kemudian diakhiri dengan tinjauan ke ibu pejabat AFF yang baharu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN