Datuk Haji Hamidin Puji Langkah Penganjuran Piala Supermokh 2019

Piala Supermokh 2019

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin nyata memuji usaha penganjuran Piala Supermokh 2019 yang berlangsung di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) pada 16 hingga 23 Disember ini.

Kejohanan yang memfokuskan pada tiga kategori iaitu bawah 12 tahun (B-12), bawah 13 tahun (B-13) dan bawah 14 tahun (B-14) ini telah menarik penyertaan pasukan-pasukan dari seluruh Asia seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Uzbekistan, China, Jepun, Korea Selatan, Vietnam, Thailand, Filipina dan Indonesia.

Pasukan tempatan seperti MSNT SIF dari Terengganu dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar turut mengambil bahagian.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Facebook rasmi FAM, Datuk Haji Hamidin menyifatkan Piala Supermokh ini sebagai platform pendedahan dan pemasaran bagi bola sepak peringkat remaja.

“Selain menampilkan saingan sengit, kejohanan bola sepak yang mempamerkan kelincahan pemain muda ini saya lihat memiliki prestijnya yang tersendiri apatah lagi ia berjaya menarik penyertaan beberapa pasukan terkemuka Asia.

Datuk Haji Hamidin bergambar kenangan bersama pasukan B-14 Hebei China Fortune.

“Ia dilihat sebagai platform terbaik kita bagi mencari serta memperkasakan lagi proses menggilap bakat muda untuk menjadi pemain negara tersohor masa depan.”

Dalam pada itu, Datuk Haji Hamidin turut berkesempatan meluangkan masa bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir kategori B-14 di antara Malaysia Panthers menentang Hebei China Fortune.

“Berdasarkan pemantauan saya pada perlawanan hari ini [semalam], saya berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan pemain muda negara.

“Di usia muda begini mereka bermain dengan taktikal yang sangat baik serta paling utama mempamerkan semangat juang tinggi selaku bakal permata negara kelak.”

Kejohanan ini juga telah mendapat tajaan daripada 100 Plus, Yakult Malaysia, Bukit Gambang Resort City dan Kaki Jersi serta Sportflex Malaysia merupakan rakan media rasmi.

Kredit foto: Football Association of Malaysia – FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN