Perbelanjaan kepolisan amat perlu dalam acara sukan. Melalui bantuan mereka, pergerakan acara sukan dapat dilicinkan.
Namun, ia tidak seindah di sangka kerana banyak perbelanjaan untuk dibuat. Ini termasuklah bayaran untuk ‘overtime’ kepada para anggota polis.
Ubah
Rabu lalu, BT Sport mengumumkan perlawanan antara Liverpool menentang Bournemouth pada 14 April dijadualkan semula pada jam 5.30 petang waktu tempatan.
Asalnya, perlawanan itu dijangka akan diadakan pada jam 3.00 petang.
Bukan perlawanan itu sahaja terlibat, perlawanan Tottenham menentang Manchester City yang asalnya pada jam 3.00 petang turut diubah. Perlawanan di Wembley itu akan diadakan pula pada jam 7.45 malam.
Dengan harapan Manchester City dijangka memenangi liga. Itu pun kalau Cityzens bermain baik dan menang semua baki perlawanan.
Komen Datuk Bandar
Kira-kira 4 batu dari Anfield, diadakan perlumbaan kuda Grand National. Perlumbaan kuda yang terkenal itu diadakan pada hari yang sama.
Malah, salah satu sesi perlumbaan itu hanya berlangsung kira-kira 15 minit sahaja sebelum sepak mula di Anfield.
Pertembungan dua acara sukan ini telah menimbulkan rasa kurang senang Datuk Bandar Liverpool, Joe Anderson.
Have just seen that Liverpool v Bournemouth is to be played on Saturday 14th April at 17.30pm the same day as the Grand National😱 need urgent meeting with @MerseyPolice they simply will not cope given the normal pressure of a Saturday. #madness
— Joe Anderson (@joeando58) February 27, 2018
Komen tambahan beliau agak pedas, ‘kos ‘overtime’ polis yang bertugas akan bertambah dan bakal memberikan kesan kepada para pembayar cukai (penduduk Liverpool). Dan adakah juga para pengurusan pengangkutan awam mampu menangani ramai penonton untuk kedua-dua acara sukan?’
Pihak Liverpool FC menolak untuk menunda perlawanan itu pada 15 April disebabkan tarikh ulang tahun tragedi Hillsborough.
Bukan kali pertama
Sebenarnya perlawanan Liverpool di Anfield berjalan serentak dengan Grand National ini bukan kali pertama. Kali terakhir ia berlaku ialah pada 1994.
Semasa penyusunan jadual liga, pertembungan acara lain di bandar sama menjadi pertimbangan utama. Ini bagi mengelakkan pelbagai perkara tidak diingini berlaku.
Selain itu, ia turut menunjukkan tolak ansur komuniti bola sepak kepada industri lain seperti penganjur konsert dan acara sukan lain.
Tahun lalu, kami ada memuatkan satu artikel berkaitan isu penjadualan ini. Sebenanrnya bukan EFL sahaja yang bertimbang rasa, tetapi EPL memang mengikuti prosedur ditetapkan.
Analisis: EFL Berkongsi Bagaimana Mereka Menghasilkan Jadual Liga Bola Sepak
Cuma pada kami, harapnya pihak FMLLP dapat mempertimbangkan penundaan perlawanan sekiranya Pilihan Raya Umum berlangsung. Takkanlah anda ingin menonton perlawanan liga pada malam keputusan pilihan raya?
Nota penulis: Penulis sebenarnya bekerja sepenuh masa di sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mengadakan pelbagai program. Sebagai penganjur, penulis terpaksa mempertimbangkan program lain yang bertembung seperti festival, konvensyen malah cuti umum!