Arsenal Kemungkinan Akan Pecat Wenger Dalam Masa Terdekat

Kekalahan 0-3 kepada Manchester City dalam perlawanan akhir Piala Carabao telah menyebabkan pengurusan pasukan Arsenal hilang sabar dan sedang mempertimbangkan untuk memecat pengurus pasukan itu, Arsene Wenger pada penghujung musim ini.

Pengendali dari Perancis itu telah menandatangani kontrak baharu selama dua tahun selepas Arsenal menang ke atas Chelsea dalam perlawanan Piala FA musim lalu tetapi jauh ketinggalan daripada kelompok lima pasukan terbaik musim ini.

Arsenal akan membuat penilaian semula terhadap kedudukan Wenger pada penghujung musim ini dan kegagalan menjuarai Liga Europa berkemungkinan akan menamatkan karier 22 tahunnya bersama kelab itu, lapor akhbar The Mirror.

Pengendali Celtic, Brendan Rodgers merupakan salah seorang calon yang disebut-sebut untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Wenger di samping Joachim Low. Bekas kapten Arsenal, Mikel Arteta juga berada dalam radar.

Arsenal sudah memulakan langkah sejak 12 bulan lalu untuk mencari pengganti Wenger dan pelantikan pengarah teknikal baharu menyaksikan pengaruh pengurus itu semakin berkurangan.

Wenger bagaimanapun masih mampu menyelamatkan kariernya dengan menjuarai Liga Europa pada penghujung musim ini namun ahli lembaga pengarah Arsenal sudah bersedia untuk ‘berbincang secara serius’ bagi menentukan hala tuju kelab itu.

Masa depan Wenger menjadi persoalan selepas Arsenal tewas dalam keadaan memalukan kepada City di Wembley dengan bekas bintang Manchester United, Gary Neville menyifatkan Granit Xhaka, Aaron Ramsey dan Mesut Ozil sebagai pemain tidak berguna.

Arsene Wenger

Sementara itu, Carlo Ancelotti menyatakan kesediaan untuk menggantikan Wenger sebagai pengurus Arsenal jika mendapat tawaran rasmi.

Salah seorang wakil daripada kelab penyokong berkata, beliau mengalu-alukan kedatangan Ancelotti dan menyifatkan jurulatih itu merupakan seorang yang berpengalaman.

“Saya fikir ramai penyokong akan berkata adakah Ancelotti merupakan calon terbaik jika Wenger benar-benar dipecat?

“Beliau ada nama, kemahiran dan pengalaman luas dalam Liga Perdana Inggeris dan anda pasti akan terfikir untuk membawa beliau yang terkenal dengan taktikal bertahan yang menjadi masalah pasukan.

“Apa yang kami lihat di Wembley merupakan kegagalan yang bertahun-tahun dan penuh angkuh.

“Jalan penyelesaiannya masih belum dijumpa dan ianya sangat menyakitkan melihat perkara itu berlaku pada kelab kami.

“Untuk kebaikan kelab Arsenal, pihak pengurusan mesti melakukan perubahan. Tiada siapa yang menafikan apa kejayaan yang Wenger telah bawa kepada kelab tetapi itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk tidak buat perubahan, ” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN