RASMI: Dato’ Hamidin Mohd Amin Sah Dilantik Sebagai Presiden FAM

Hamidin

Era bola sepak di negara kini memasuki satu lagi babak baharu.

Selepas perginya Tunku Mahkota Johor (TMJ) dari jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menjawat jawatan itu tidak sampai sepenggal, kini kita punya presiden yang baharu.

Dato’ Hamidin Mohd Amin kini telah sah dilantik sebagai Presiden FAM yang baharu dalam Kongres FAM yang ke-54 yang diadakan sebentar tadi di Hilton Petaling Jaya.

Beliau menggantikan TMJ untuk menjadi Presiden FAM yang ketujuh dalam sejarah penubuhannya.

Hamidin menang jawatan tertinggi badan induk bola sepak negara itu selepas beliau menang tanpa bertanding dalam perebutan jawatan presiden.

Lawan beliau, Tan Sri Annuar Musa menarik diri sebelum pemilihan kerana ingin memberikan laluan kepada Hamidin menjadi Presiden FAM.

Untuk rekod, pemilihan Hamidin sebagai Presiden FAM merupakan pelantikan pertama dari golongan kebanyakan (golongan bukan diraja) dalam tempoh 35 tahun.

Kali terakhir FAM dikemudi oleh golongan bukan diraja ini menerusi Tan Sri Hamzah Abu Samah pada tahun 1976 hingga 1983.

Dalam ucapan sulungnya sebagai Presiden FAM, Hamidin menegaskan berdirinya beliau sebagai presiden bukanlah sebagai boneka untuk siapa-siapa.

Sebaliknya, beliau adalah diri beliau sendiri.

Menurut Hamidin lagi, beliau akan melakuakan pengasingan kuasa untuk memastikan FAM bergerak lebih maju selepas ini.

Malah, beliau mahukan bola sepak Malaysia keluar dari zon selesa untuk mencapai kemajuan yang lebih besar.

Sambil itu, beliau juga menekankan 3 perkara untuk memastikan kemajuan bola sepak negara.

3 perkara yang menjadi perhatian beliau adalah perihal pasukan kebangsaan, pembangunan bola sepak di negara kita serta pengukuhan kewangan FAM.

Kami di Semuanya BOLA mengucapkan tahniah dan selamat bertugas buat Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai Presiden FAM yang baharu!Datu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN