Previu: Belgium & England Tak Mahu Akhiri Kempen Piala Dunia Dengan Kekecewaan

Saingan Piala Dunia 2018 kini memasuki fasa kedua terakhir dengan perlawanan seterusnya akan mencari pemenang tempat ketiga bagi kejohanan ini.

Belgium bertemu England untuk mencari siapakah pasukan ketiga terbaik dalam kejohanan ini.

Kedua-dua pasukan ini pernah bertemu di peringkat kumpulan dengan Belgium menang perlawanan itu 1-0.

Namun itu bukanlah ukuran sebenar kerana dalam perlawanan itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan pasukan kedua mereka.

KALININGRAD, RUSSIA – JUNE 28: Marouane Fellaini of Belgium is challenged by Marcus Rashford of England during the 2018 FIFA World Cup Russia group G match between England and Belgium at Kaliningrad Stadium on June 28, 2018 in Kaliningrad, Russia. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

Emosi berbeza

Kedua-dua pasukan hadir dalam perlawanan ini menyaksikan Belgium dan juga England berada dalam emosi yang tidak sama seperti perlawanan sebelum ini.

Hal ini kerana, jelas kedua-dua pasukan ini masih lagi kecewa kerana gagal layak ke perlawanan akhir selepas ditewaskan lawan masing-masing pada perlawanan separuh akhir.

KALININGRAD, RUSSIA – JUNE 28: Phil Jones of England tackles Dries Mertens of Belgium during the 2018 FIFA World Cup Russia group G match between England and Belgium at Kaliningrad Stadium on June 28, 2018 in Kaliningrad, Russia. (Photo by Dan Mullan/Getty Images)

Bagi jurulatih Belgium Roberto Martinez, pasukannya bersedia untuk beraksi dalam perlawanan ini walaupun kecewa ditewaskan Perancis.

“Perlawanan ini sangat penting, kerana kami mahu mencapai pencapaian terbaik sebagai negara bola sepak.”

“Para pemain saya mahu menjadi pasukan Belgium yang terbaik dalam sejarah, dan mereka mahu memberikan persembahan terbaik.”

Bagi pengendali England Gareth Southgate pula, beliau mahukan England menamatkan kempen Piala Dunia dengan nota kemenangan.

“Secara emosinya, ia cukup sukar ketika ini. Tetapi para pemain telah melakukan yang terbaik.”

“Mereka adalah golongan pemain yang cukup menarik untuk berkerja bersama, mereka punya tenaga dan semangat.”

“Kami mahu tamatkan kejohanan ini dengan baik. Kami ada standard kami dan kami tahu macam mana nak beraksi.”

Pemain tumpuan

Untuk pemain tumpuan, penulis mahu menyaksikan nilai kreatif yang boleh dihasilkan oleh Kevin De Bruyne.

SAINT PETERSBURG, RUSSIA – JULY 10: Ngolo Kante of France challenges Kevin De Bruyne of Belgium during the 2018 FIFA World Cup Russia Semi Final match between Belgium and France at Saint Petersburg Stadium on July 10, 2018 in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Alexander Hassenstein/Getty Images)

Beliau merupakan pemain yang merencana serangan pasukan Belgium dan pastinya kreatif dari pemain ini akan ditagih dalam perlawanan menentang England.

Dalam perlawanan menentang Perancis, beliau hanya melakukan 1 hantaran penting sahaja dan itu nyata tidak cukup untuk pemain seperti beliau.

Jadi, dalam perlawanan ini Martinez pastinya mahukan De Bruyne beraksi dengan lebih baik berbanding perlawanan lalu.

Untuk England, tumpuan akan terarah kepada Harry Kane yang sudah tidak menjaringkan gol lagi untuk England.

Sejak dari aksi menentang suku akhir menentang Sweden, beliau sudah tidak lagi menjaringkan gol.

MOSCOW, RUSSIA – JULY 11: Marcelo Brozovic of Croatia competes for a header with Harry Kane of England during the 2018 FIFA World Cup Russia Semi Final match between England and Croatia at Luzhniki Stadium on July 11, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Perkara ini sedikit menggusarkan pasukan England memandangkan beliau adalah sumber utama gol untuk mereka.

Jadi mahu atau tidak, beliau harus bangkit dalam perlawanan ini.

Sebelum sepak mula

Perlawanan ini nyata berbeza dengan perlawanan di peringkat kumpulan.

Jika di perlawanan lalu, mereka bertemu dengan pasukan kedua. Kali ini, kedua-dua pasukan akan turut dengan skuad utama.

Signifikan perlawanan ini pastinya lebih menarik, kerana kedua-dua pasukan tidak mahu pulang dengan tangan kosong.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN