Data Tunjukkan JDT Boleh Berpesta 20 Gol Ke Atas Selangor Di Malam Hari Jadi Mora

JDT Selangor FC boleh berpesta 20 gol

Dalam saingan Liga Super malam tadi, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah berjaya meraih kemenangan 5-1 ke atas Selangor walaupun sebenarnya berpeluang berpesta sehingga 20 gol dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim.

Tiada langsung ruang diberikan kepada Selangor sejak wisel permulaan. Selangor yang masih segar dengan kemenangan besar tujuh gol tanpa balas baru-baru ini dikejutkan dengan jaringan seawal minit ke-3 perlawanan.

Ia hasil rembatan deras penyerang, Bergson da Silva dari luar kotak penalti menewaskan Khairulazhan Khalid.

Minit ke-24, sepakan percuma yang diperolehi JDT selepas kekasaran Quentin Cheng menghasilkan gol kedua tuan rumah. Fernando Forestieri memastikan skuad Harimau Selatan semakin selesa di depan.

Dalam 10 minit kemudian, tiba giliran Leandro Velazquez meletakkan JDT tiga gol di depan menerusi rembatan jarak jauh.

Kesilapan Khairulazhan tertampan bola ke dalam gawangnya membantu JDT memperolehi gol ke-4 menerusi percubaan Bergson.

Norhakim Hassan cuba membangkitkan semangat The Red Giants dengan jaringan di minit ke-82 sebelum pemain sayap, Mohamadou Sumareh memastikan tuan rumah menang selesa 5-1.

Ke mana hilangnya Selangor yang garang membenam Sarawak United tujuh gol dalam aksi sebelum ini? Ia telah menjadi rekod kemenangan terbesar dalam saingan liga musim ini – mengatasi kemenangan 6-0 JDT ke atas lawan yang sama dalam perlawanan minggu ke-2 liga yang telah berlangsung pada 9 Mac lalu.

Dan menurut penganalisis bebas, Chunhang, berdasarkan xG stats, JDT mampu berpesta 20 gol, malam tadi.

Selangor pula agak biasa-biasa apabila daripada enam peluang boleh gol, mereka berjaya meledak satu gol.

Melihatkan data itu, JDT merekodkan 1.78 xG (menunjukkan kemungkinan sesuatu pencubaan menjadi gol atau kualiti percubaan) sementara Selangor pula hanya merekodkan 0.35 xG sahaja dalam perlawanan semalam.

Perbezaan ketara ini menunjukkan kualiti jentera serangan JDT ditambah dengan beraksi di depan lebih 30,000 penyokong sendiri.

Inilah antara kunci kejayaan mereka sehingga ke pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Sepatutnya perlawanan semalam menjadi tumpuan mengenai keberkesanan dua penyerang yang berkongsi kedudukan dalam carta penjaring terbanyak Liga Super setakat ini, Bergson dan Caion – sembilan gol.

Namun, sebaliknya berlaku apabila dominasi tuan rumah menenggelamkan terus armada perang The Red Giants.

Dan ia menjadi hadiah hari jadi amat bermakna buat pengendali, Benjamin Mora yang diraikan pada hari ini!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN