Data FIFA Buktikan Liga Malaysia Sudah Jadi “Lembah Hamba Abdi” Bola Sepak Dunia

fifa-pahang-sumareh-tunggakan-gaji

Data terkini daripada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berkaitan pemain yang tidak dibayar gaji di saingan Liga Malaysia sejak 2015 amat menakutkan. Ini berdasarkan jumlah kes yang mendapat bantuan FIFA.

Pada 12 Mei lalu, FIFA melancarkan sebuah tabung yang dikenali sebagai Tabung FIFA Untuk Pemain Bola Sepak (FIFA FFP). Tabung tersebut mendapat suntikan dana sebanyak AS$16 juta (RM66 juta) dalam usaha membantu pemain bola sepak di seluruh dunia yang tidak dibayar gaji oleh kelab masing-masing.

Untuk tujuan tersebut, FIFA akan bekerja secara terus dengan kesatuan pemain bola sepak profesional dunia (FIFPRO) dalam usaha global membela nasib pemain dan membantu mereka berdepan masalah tunggakan gaji akibat kelab dan majikan yang culas berbuat demikian.

Analisis kes

Untuk rekod sehingga kini sebanyak 1089 permohonan telah diterima oleh FIFA dari seluruh dunia, dan 1005 kes sahaja telah diluluskan. Jumlah ini melibatkan 109 kelab dari 36 negara.

Jumlah kegagalan kelab membayar gaji pemain dijangka akan meningkat kerana angka di atas hanya dari fasa pertama pembayaran oleh FIFA.

Sumber: FIFA via Opta J (Twitter)

Tabung tersebut dibahagikan kepada empat peringkat bayaran mengikut tempoh gaji yg tertunggak iaitu dari 2015 sehingga 2020 melibatkan peruntukkan sebanyak RM20.6 juta untuk pembayaran fasa pertama, diikuti fasa dua pembayaran untuk kes pada 2020 sebanyak RM12.4 juta, fasa ketigadan keempat pada 2021 dan 2022, masing-masing dengan peruntukan sebanyak RM16.50 juta.

Jika diperhatikan kes-kes yang berlaku pada 2020, 2021 dan seterusnya berkemungkinan besar disebabkan impak kewangan yang dsebabkan oleh Covid-19. Bagaimana pula dengan kes-kes sebelum itu, terutamanya dari 2015 sehingga 2019?

Malaysia tertinggi Asia

Berdasarkan rekod dari laman sesawanng FIFA, Malaysia merupakan negara kedua tertinggi (jumlah kes) di dunia yang menerima inisiatif ni. Sejak 2015 sehingga kini, 147 permohonan membabitan masalah pembayaran gaji dari Malaysia telah diluluskan oleh FIFA.

Greece menjadi negara bola sepak paling bermasalah dengan prihal gaji dengan 291 kes diluluskan oleh badan bola sepak dunia itu.

Sumber: FIFA via Opta J (Twitter)

Turki pula menjadi negara ketiga tertinggi selepas Malaysia yang berada di dalam senarai itu. Daripada 147 kes yang diluluskan oleh FIFA untuk menerima bantuan dari tabung tersebut, Malaysia telah dibayar RM1.9 juta, menjadikan kita sebagai negara keempat tertinggi di dunia menerima bantuan tersebut.

Berdasarkan data tersebut, kita juga boleh simpulkan Malaysia juga menjadi negara tunggal dari negara Asia yang berada di dalam keduduan 10 teratas dunia yang mengalami masalah gaji pemain.

Angka ini menjadikan Malaysia sebagai negara tertinggi di Asia yang mempunyai masalah gaji.

Penyakit lama tanpa kesudahan

Masalah pembayaran gaji di saingan Liga Malaysia bukan pekara baharu. Ia berlaku tanpa sebarang kesudahan dengan satu persatu pasukan mengalami masalah yang sama.

Terbaru seperti yang kita semua sedia maklum ialah Perak FC. Beberapa pasukan lain turut dikatakan mempunyai masalah yang sama. Perkembangan sebegini sudah tentu bukan perkara yang sihat untuk industri bola sepak tanah air.

Untuk rekod, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) pernah melaporkan pada 2019, jumlah hutang tertunggak di dalam industri bola sepak negara melibatkan gaji pernah mencapai angka RM6.4 juta pada 2019. Jumlah itu dipercayai terus meningkat selepas itu tanpa sebarang langkah penyelesaian drastik apabila kes demi kes dilaporkan saban musim.

Ini secara tidak langsung menjadikan Liga Malaysia sebagai ‘lembah hamba abdi’ moden dunia bola sepak pada hari ini. Adakah ini reputasi yang ita mahukan dari industri bola sepak kita?

Rumusan

Bagi kami (dan kami percaya ribuan penyokong bola sepak tempatan lagi), sudah sampai masanya untuk kita berhenti berbohong kepada diri sendiri dan berdepan dengan realiti sebenar.

Pengurusan pasukan yang tidak mampu perlu berhenti menawarkan gaji premium kepada pemain. Industri bola sepak kita masih terlalu kecil untuk diberi gaji premium. Akhirnya ramai yang menjadi mangsa. Profesion yang dianggap sebagai profesional ibarat menjadikan pemain seperti hamba abdi kerana tidak dibayar gaji.

Atau mungkin kita boleh pelajari sesuatu dari bidalan kata berikut. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata buta, maksudnya orang yang mengikut hawa nafsu akhirnya akan binasa. Jangan juga kita menyalahkan orang lain apabila perkara buruk sudah berlaku ibarat peribahasa negara seberang, buruk muka, cermin dibelah.

 

 

Baca artikel lain mengenai masalah gaji di Liga Malaysia melalui pautan:

Berapa Gaji Pemain Bola Sepak Di Malaysia?

Gaji Tertunggak: Netizen Gesa Pasukan Minta Bantuan Ustaz Ebit Lew

FIFA Wujudkan Dana Khas Bantu Pemain Tak Dibayar Gaji

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN