Darren Lok ‘Wira Tak Didendang’ Sebenar Buat Malaysia

Nama Darren Lok wajar diangkat selaku wira tak didendang buat Malaysia sebenarnya jika kita lihat aksi membabitkan Harimau Malaya menentang Korea Selatan.

Pada aksi terakhir Kumpulan E bagi saingan Piala Asia 2023, Malaysia telah pun berjaya mencipta kejutan untuk mengikat salah satu pasukan gergasi, Korea Selatan menerusi keputusan 3-3.

Ianya jelas suatu kejutan apabila ramai menjangkakan sebaliknya buat pasukan kebangsaan yang sebelum itu tampil serba tidak menyakinkan sepanjang aksi Piala Asi berlangsung.

Namun, percaturan Kim Pan-gon untuk aksi terakhir ini jelas membuahkan hasil apabila Malaysia mampu untuk mengikat seri Korea Selatan menerusi keputusan 3-3.

Tiga gol negara terhasil pada perlawanan itu melalui bintang sensasi kebangsaan, Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, serta pemain naturalisasi baharu Malaysia iaitu Romel Morales.

Jika dilihat pada senarai penjaring, nama Darren mungkin tiada walaupun beliau diletakkan selaku penyerang utama kebangsaan.

Namun jaringan pertama tidak akan berlaku jika Darren tidak mencetuskannya dahulu menerusi tekanan tinggi diberikan penyerang itu untuk memenangi bola daripada pertahanan lawan.

Seperti diketahui, Darren merupakan pemain yang sangat terkenal dalam memberi tekanan-tekanan tinggi kepada pertahanan serta penjaga gol lawan setiap kali bola berada di kaki mereka.

Malah, kerajinan beliau itu juga nyaris memberi ancaman berbahaya buat penjaga gol Korea Selatan, Jo Hyeon-woo seawal perlawanan sebelum sepakan pemain itu terbias keluar kerana ditekan Darren.

Selain itu, pemain tersebut juga jelas sentiasa bergerak sepanjang aksi berlangsung dengan kekuatan fizikalnya digunakan begitu baik untuk cuba menguasai bola di posisi serangan.

Bawah kendalian Kim Pan-gon, Darren menjadi antara pilihan utama di posisi serangan negara dan sudah pun membuktikan kenapa dirinya merupakan komponen penting untuk menjayakan taktikal jurulatih tersebut.

Secara keseluruhan, mutu permainan ditampilkan oleh Darren wajar mendapat pujian ramai kerana beliau langsung tidak gentar berhadapan lawan berprofil tinggi serta mampu menjadi contoh buat barisan penyerang muda lain pada masa hadapan.

Sekembalinya beliau di Malaysia, Darren masih mempunyai satu lagi tugas antarabangsa untuk membantu Sabah pula dalam saingan AFC bersama rakan sepasukan lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN