Darren Lok Mahu Lebih ‘Boom’ Bersama PJ City Musim Hadapan

Penyerang kacukan, Darren Lok tidak sabar untuk kembali memulakan kempen Liga Malaysia dan hanya menunggu masa pulih daripada masalah kecederaan.

Pemain PJ City ini terlepas sebanyak 13 perlawanan bersama pasukan akibat kecederaan melanda di bahagian fibula musim ini.

Darren turut terlepas peluang keemasan untuk menyinar bersama skuad kebangsaan apabila sekali lagi mengalami kecederaan di bahagian otot perut.

Musim 2021 nyata bukan satu musim yang terbaik buat pemain ini untuk menyinar walaupun beliau percaya mampu memberi yang terbaik jika tidak disebabkan kecederaan.

Darren Lok secara keseluruhan bersama PJ City musim ini sudah meledak 6 gol keseluruhan sepanjang kempen Liga Malaysia serta aksi Piala Malaysia.

Beliau turut menjelaskan kecederaan yang dialami di otot perut sudah pun semakin bertambah baik walaupun belum mencapai 100% lagi.

Darren Lok mengambil keputusan untuk kekal di PJ City musim hadapan kerana merasakan pasukan itu menjadi medan terbaik beliau untuk terus mencipta rekod baik selaku penyerang.

Beliau juga nyata gembira sepanjang bersama PJ City dan merasakan kelab tersebut sentisa menghargai beliau dan diibaratkan seperti keluarga.

Pada musim ini, PJ City menamatkan perlawanan Liga Malaysia untuk berada di tempat ke-7. Pasukan ini juga merupakan satu-satunya di Liga Super yang tidak menggunakan khidmat import.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN