Darren Ferguson Kembali ke Peterborough United, Jadi Pengurus Kelab Tersebut Buat Kali Ketiga

Sang ayah memang tidak dapat ulangi rekod si anak. Sertai kelab yang sama untuk kali ketiga – selaku pengurus!

Darren Ferguson menyertai Peterborough United buat kali ketiga!

Ganti siapa?

Kali ini, Peterborough membawa masuk anak Sir Alex Ferguson ini bagi menggantikan Steve Evans. Steve Evans dipecat daripada jawatan pengurus biarpun kelab itu menduduki tangga keenam dalam carta EFL League One.

EFL League One menjanjikan pusingan play-off bagi kelab yang menduduki tangga ketiga hingga keenam. Nampaknya Peterborough mahukan figura yang ada magis.

Ferguson Jr. ini menandatangani kontrak bersama Peterborough sehingga tamat musim

Hubungan baik

Ketika ditemubual BBC, Ferguson menyatakan hubungan baiknya bersama pengerusi kelab, Darragh MacAnthony menjadikan faktor beliau kembali ke London Road Stadium.

Baginya, hubungan baik antara pengerusi kelab dengan pengurus amatlah penting dalam dunia bola sepak. MacAnthony dengan begitu berani mengambil risiko melantik Ferguson.

Ferguson menyertai pertama kali Peterborough pada Januari 2007 hingga November 2009. Tempoh pertamanya menyaksikan beliau membantu kenaikan divisyen dari EFL League Two hingga EFL Championship dua musim berturut-turut pada musim 2007/08 dan 2008/09!

Beliau meletak jawatan pada November 2009.

Detik tumpuan

Kejayaan memenangi EFL Trophy pada 2014. Sumber: Superepus News.

Kemudiannya beliau menguruskan seketika Preston North End pada 2010 sebelum kembali ke Peterborough pada Januari 2011. Pada musim 2013/14, beliau membantu Peterborough menjuarai EFL Trophy.

Kali kedua beliau berpisah dengan Peterborough ialah pada Februari 2015. Ferguson menguruskan Doncaster Rovers dari Oktober 2015 hingga Jun tahun lalu.

Mentor dan protege. Sumber: Superepus News.

Nampaknya ada sinar untuk kelab kecil ini. Sekurang-kurangnya, si anak tidak terlalu dibayangi ayahnya.

Pujian juga harus diberikan kepada Ferguson Jr. Ini kerana telah membuktikan bahawa dengan tidak menjadi pemain terkenal tidak semestinya tidak boleh menjadi pengurus berjaya dan disayangi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN